Kredit foto: XTRA & WebMD
Walaupun rasanya sangat pahit, masih ramai yang suka memakan peria sama ada sebagai ulam atau ditumis.
Tidak semua yang pahit itu menjadi ubat kerana kajian perubatan mendapati, memakan terlalu banyak peria boleh mengakibatkan keguguran rambut.
Memetik laporan terbaru yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, peria mengandungi toksin yang dinamakan cucurbitacin yang menyebabkan ia berasa pahit.
Laporan ditulis Dr Philippe Assouly itu adalah bersandarkan kepada pemerhatiannya dalam dua kes keracunan makanan melibatkan seorang wanita yang memakan peria.
Kredit foto: Bidadari.MY
Salah seorang wanita yang memakan sup peria pahit mengalami masalah ketidakhadaman selama sehari dan seminggu kemudian, rambutnya mula gugur.
"Makanan itu dikongsi bersama ahli keluarga lain di mana mereka tidak memakan sup terlalu banyak dan mereka mengalami tanda-tanda keracunan makanan tetapi rambut mereka tidak gugur," jelas Dr Assouly.
Seorang lagi wanita mengalami masalah serupa selepas mengambil makanan yang mengandungi peria.
"Walaupun dia berkongsi makanan itu dengan orang lain, mereka tidak mengalami keracunan makanan kerana tidak memakan peria yang disifatkan mempunyai rasa terlalu pahit," katanya.
Dr Assouly memberitahu, kesan pemakanan peria terhadap pertumbuhan rambut dikaitkan dengan tindak balas antimitotik yang membantutkan proses pemecahan sel dan digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.
Bukan tidak boleh makan peria, cuma elakkan mengambilnya terlalu banyak bagi mengelakkan kepala anda daripada menjadi botak. - CARI |