Semakin kronik penyakit sesetengah individu yang cenderung melakukan keganasan terhadap haiwan terutama kucing. Terbaru, tular sebuah video memaparkan seorang individu mencampak seekor anak kucing ke dinding hingga mati.
Menerusi perkongsian melalui Facebook Geng Viral Melaka, identiti individu terbabit yang tidak dapat dikenal pasti itu dipercayai datang ke kedai berkenaan untuk mencuri sebuah kereta sewa di hadapan sebuah kedai makan.
Bagaimanapun kunci yang dicari-cari tidak ditemui, lalu mencetuskan kemarahannya.
Malang nasib seeokor anak kucing yang sedang merayau di tempat kejadian apabila dia yang tidak bersalah menjadi mangsa untuk suspek melepaskan amarahnya.
Menurut perkongsian yang dipercayai sudah dipadam dari FB terbabit, suspek membanting kucing berkenaan ke dinding sebuah kedai.
Remuk hati pencinta haiwan melihat keadaan bangkai kucing yang berlumuran darah itu. Mana hati perut!?
Kredit foto: FB Geng Viral Melaka
Rata-rata warganet tidak sampai hati melihat nasib menimpa anak kucing itu dan menyelar tindakan individu terbabit.
Ada juga yang mencadangkan agar mana-mana pihak yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dikenakan hukuman sebat.
Kredit foto: Twitter
Walaupun ia haiwan tidak berakal seperti manusia, ia juga hidupan yang mampu merasa kesakitan sama macam kita. Tergamak segelintir pihak menyakiti dan menyeksa kucing comel yang sering menjadi penghibur ramai. - CARI |