View: 3180|Reply: 26
|
Di China, ada yg berlakon 'kemalangan' demi kumpul LIKE, follower
[Copy link]
|
|
Padah nak popular
Agensi
BEIJING: Seorang lelaki dan ibunya yang berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya semata-mata untuk menarik lebih ramai pengikut di laman sosialnya membawa padah apabila dua beranak itu dipenjara selama lima hari.
Polis di bandar Zhengzhou, wilayah Henan memberitahu, mereka menerima laporan mengenai gangguan jalan raya pada minggu lalu selepas seorang selebriti media sosial merakamkan adegan satu kemalangan yang diada-adakan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Chao, 26, memandu sebuah kereta mewah Lamborghini berwarna biru di satu persimpangan di daerah Jinshui.
Sampai di persimpangan berkenaan dia berpura-pura berlanggar dengan sebuah skuter elektrik yang ditunggang ibunya.
Wanita berusia 55 tahun itu kemudiannya dilihat berguling-guling di atas jalan raya hingga menyebabkan lalu lintas di persimpangan berkenaan terganggu.
Aksi itu dirakam rakannya dikenali sebagai Liu dan ia bertujuan untuk membuat lawak serta membantu Chao menarik lebih ramai pengikut di laman media sosial Weibo.
Polis berkata, insiden itu menyebabkan lalu lintas di persimpangan berkenaan terhenti selama 40 minit.
Insiden itu turut dirakam pengguna jalan raya yang lain dan dimuat naik di laman Pear Video.
Tindakan dua beranak itu menyebabkan pengguna jalan raya marah dan mereka turut dikecam pengguna media sosial.
Menurut polis, ketiga-tiga individu itu ditahan dan didenda 200 yuan (RM118) setiap seorang kerana mengganggu ketenteraman awam.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon Terbabit Kemalangan Demi Populariti, Ibu Dan Anak Dijel 5 Hari
Dua beranak menempah padah apabila dipenjara lima hari selepas berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Lapor South China Morning Post, lelaki dan ibunya itu bertindak demikian untuk meraih pengikut di laman sosial.
Kredit foto: SCMP
Polis Zhengzhou di wilayah Henan berkata, mereka menerima aduan pada hujung minggu lalu mengenai selebriti media sosial yang merancang adegan kemalangan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Ketika kejadian, lelaki yang juga blogger dikenali sebagai Chao, 26, itu memandu kereta mewah Lamborghini berwarna biru di satu persimpangan di daerah Jinshui, kira-kira jam 6 petang pada Ahad.
Dia kemudian berpura-pura melanggar sebuah skuter elektrik yang ditunggang ibunya, dikenali sebagai Cao, 55.
Kredit foto: SCMP
Berikutan 'perlanggaran' itu, Cao berguling-guling di atas jalan raya hingga mengganggu pengguna jalan raya, manakala adegan itu dirakam rakannya, Liu yang ditugaskan untuk menarik lebih ramai pengikut di Weibo.
Menurut polis, insiden itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan selama 40 minit.
Polis berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan dan didenda 200 yuan (RM118) setiap seorang kerana 'mengganggu ketenteraman awam'. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Salah 1 video lawak bodoh ummah cina.. nyampah |
|
|
|
|
|
|
|
awat tak langgar kuat sikit baru realistik .. eh lupa .. itu mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
so drama |
|
|
|
|
|
|
|
tak realistik lah. langgar sampai melambung sat, mati terus tak menyusahkan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Kan main pulak... Maknya yg pulak naik beskal anak naik kereta |
|
|
|
|
|
|
|
nanti jinjang sini akan folo..dan diikuti rapay melayu jinjang muda kaki likers |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapat sudah, sepandai2 berlakon akhirnya kantoi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Apala bodo sgt diorang ni
Dah la bodo, menyusahkan org lg! |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..kan dah mendapat ... mau bising mak dia dalam jel tu nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak beranak yang kuat berdrama |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan berjangkit pulak perangai macam ni kat sini pulak nanti sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ka bongok nya la hai nak buat macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai begini orang sanggup buat demi validation and attention from strangers smh |
|
|
|
|
|
|
|
Harap auntie dan anaknya diambil jadi pelakon drama.. Minat berlakon tu.. Tapi cara tak kena... Buat kat jalan sibuk.. Memang mendapatlah... Alahaiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|