Tidak seperti filem Dendam Pontianak yang lebih meluas promosinya, filem Wangi hampir tidak kedengaran desas-desusnya walaupun tayangan filem bermula hari ini.
Malahan laman media sosial pelakon ternama seperti Erra Fazira dan Sharnaaz Ahmad ini juga boleh dikatakan sendu dengan sebarang promosi. Masing-masing seolah-olah hadir pada sidang akhbar serta sekali sahaja mempromosinya.
Seorang lagi teraju utama, Nabila Huda langsung tidak mempromosikan filem ini. Sebaliknya lebih banyak bercerita mengenai promosi lain. Apa dah jadi sebenarnya?
Foto : Twitter
Disebalik kesenduan itu, tetap filem Wangi dikatakan sangat berbeza dengan tema cliche filem lain. Genre thriller, psiko dan seram ini begitu melekat di hati mereka yang terlebih awal menontonnya.
Erra Fazira meruntun emosi dengan perkembangan wataknya yang sangat dinanti-nantikan. Sementara Nabila pula cemerlang membawa watak psiko.
Ig
Dengan jalan cerita yang jarang-jarang dilakukan oleh filem tempatan, adalah sangat merugikan jika ia tidak mendapat sambutan hanya kerana kurangnya promosi.
Walhal filem Indonesia Makmum yang dikhabarkan gempak tetapi menghampakan pun mendapat banyak tontonan di Malaysia. Persoalannya mengapa jadi begitu? Adakah pelakon-pelakonnya mempunyai masalah dengan produksi? Hanya mereka mampu menjawabnya. - CARI
|