Seorang lelaki memberi alasan tidak munasabah apabila ditangkap bermalam dalam sebuah bilik sewa yang didiami dua wanita lain, lapor Harian Metro.
Lelaki berusia 20-an itu memberikan alasan 'takut cicak' untuk menumpang tidur di bilik rakan wanitanya itu di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut.
Ditangkap Dalam Bilik Sewa Bersama Dua Wanita, Lelaki Beri Alasan Takut Cicak
Tidak termakan dengan alasan bodoh itu, mereka semua ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sempena operasi cegah maksiat jam 3.30 pagi pada Jumaat lalu.
Turut mngejutkan apabila didapati salah seorang daripada wanita yang ditahan itu berstatus isteri orang.
Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, semasa serbuan dilakukan tiga individu tersebut yang bukan muhrim tidur di dalam satu bilik.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 20-an itu menyewa bilik lain, namun membiarkannya kosong dan tidur di bilik dua rakan perempuannya yang terletak bersebelahan.
"Dalam soal siasat, lelaki itu beri alasan tak masuk akal kononnya terpaksa menumpang tidur bilik dua wanita itu kerana takutkan cicak besar di dalam biliknya," jelasnya.
Tambahnya, ketiga-tiga mereka ditahan untuk tindakan lanjut.
Para netizen yang membaca cerita ini rata-ratanya memerli ketiga-tiga individu tersebut kerana cuba menipu dengan alasan yang tidak logik.
Kredit foto: Twitter
Macam-macam betul. - CARI |