Kedudukan kebolehgunaan WhatsApp sebagai bukti di mahkamah telah banyak direkodkan, digunapakai dan dirujuk di dalam pelbagai kes.
Namun, ketahuilah bahawa kaedah bagi memasukkan Screenshot Whatsapp sebagai bukti di mahkamah bukanlah secara semberono sahaja.
Kredit Foto : Google
Sesuatu screenshot Whatsapp yang hendak digunapakai sebagai bukti di mahkamah hendaklah antara lain memenuhi kriteria berikut seperti dikongsikan peguam Faiz Fahmi:
i. Screenshot mendedahkan nama penghantar;
ii. Screenshot menyatakan tarikh dan masa perbualan tersebut berlaku;
iii. Nombor telefon penghantar (pihak satu lagi); dan
iv. Gambar profil penghantar (pihak satu lagi).
LANGKAH 1 - 3
LANGKAH 4 ( 4.1 - 4.7 )
Pada Langkah 4.7, di dalam dokumen tersebut mengandungi mesej penuh, termasuk tarikh, waktu, nama pengirim, penerima dan gambar yang boleh dirujuk secara bersilang dengan WhatsApp tersebut.
Sekiranya kriteria tidak dipenuhi, ianya akan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan ketulenan (authentic) screenshoot di mana terdapat kemungkinan screenshot tersebut telah dimanipulasi, dianggap tidak boleh dipercayai dan/atau tidak mempunyai value di Mahkamah bagi menyokong kes anda.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Peguam Faiz Fahmi
|