Kisah hitam keluarga ini menjadi perbualan hangat selepas si suami akhirnya mengaku yang dialah pembunuh kepada isteri dan anak-anaknya.
Chris Watts, 34 telah mengejutkan banyak pihak sekaligus mencetuskan kemarahan ramai selepas dia didapati bersalah membunuh isterinya Shanann,34 dan dua anak perempuannya, Bella, 4 dan Celeste,3 pada Ogos tahun lepas.
Kredit foto: carian internet
Terbaru, lelaki itu mengakui perempuan simpanan atau skandalnya, Nikki yang menjadi punca dia mengapa bertindak kejam terhadap keluarganya itu.
"Saya takkan bunuh isteri dan anak-anak jika tak bertemu Nikki," katanya memetik laporan Daily Mail.
Kisah pembunuhan kejam ini diceritakan semula oleh Cheryln Cadle menerusi buku terbaharunya 'Letters From Christopher' menerusi temubualnya bersama penjenayah tersebut.
Antaranya, termasuklah bagaimana detik dia membunuh wanita yang bergelar isterinya sendiri dengan cara mencekiknya.
"Saya masih ingat wajahnya kehitaman akibat celak mata.
"Orang tanya kenapa Shanann tak melawan, sebab memang dia tak boleh melawan.
Kredit foto: carian internet
"Saya tahu jika saya buka genggaman tangan, dia tetap akan halang hubungan saya dengan Nikki," kata Watts kepada Cadle.
Katanya lagi, tindakan ini adalah berpunca daripada rasa cinta begitu meluap-luap terhadap skandalnya ketika itu, Nikki.
Namun, kini sejak dipenjarakan Watts tidak lagi menerima kunjungan Nikki dan tertanya-tanya di manakah kekasihnya itu.
Watts kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah membunuh anak-anak dan isterinya. - CARI |