Edited by trunks at 12-12-2020 11:20 PM
Seorang warga emas berumur 60 tahun membuat laporan polis kerana merasa cintanya dipermainkan seorang gadis berusia 16 tahun, lapor Harian Metro.
Kredit foto: Harian Metro
Mohd Adnan Hamid yang telah menduda selama 29 tahun berkata, beliau telah mengenali gadis itu selama lapan bulan dan berjanji akan berkahwin setelah menamatkan persekolahan.
Menurutnya, beliau merasa diperdaya setelah wangnya dikikis sebelum ditinggalkan apabila gadis itu menemui kekasih baru.
Menurutnya lagi, mereka berkenalan di sebuah kedai makan Februari lalu dan mula berhubungan melalui SMS.
Kredit foto: Harian Metro
Awalnya, hubungan itu hanyalah ibarat datuk dan cucu, kemudian bertukar menjadi cinta sehingga beliau sanggup menjadi penjaga kepada gadis itu memandangkan gadis berkenaan terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan di masa cuti untuk menampung perbelanjaan.
Bagaimanapun, Mohd Adnan merasa terkejut kerana baru-baru ini, gadis itu meminta untuk memutuskan hubungan memandangkan dia telah menemui teman lelaki baru.
Kredit foto: Harian Metro
Merasa diperdaya, Mohd Adnan membuat laopran polis untuk mendakwa gadis itu kerana dikatakan telah mengikis wangnya, menghinanya dan mempermainkan perasaannya.
Sebaiknya beliau move on sahaja daripada gadis ini kerana bunga bukan sekuntum, lagipun usianya tidak sepadan dengan beliau. - CARI |