Malang nasib remaja yang baru belajar cara mengisar gandum apabila 'hilang' buah zakar selepas seluarnya diragut mesin pengisar berkenaan.
Menurut Daily Star seperti dipetik mStar, kejadian berlaku di pasar Muda Lawal di Bauchi, Nigeria, jam 10 pagi pada Jumaat.
Ketika itu, Bashir Salisu, 14, sedang belajar cara mengisar gandum dengan seorang pekerja sebelum seluar panjang besar dipakainya tersangkut pada mesin yang sedang bergerak laju itu.
Kredit foto: New Telegraph
Difahamkan, buah zakarnya cedera parah dan tidak dapat diselamatkan, namun doktor berjaya menyelamatkan zakarnya.
Ketika ditemu bual akhbar tempatan, Bashir memberitahu sebelum kejadian ngeri itu, dia sedang belajar menggunakan mesin berkenaan.
Katanya, dia bekerja selepas waktu sekolah dan semasa hari cuti untuk belajar berdikari selain mencari rezeki untuk membantu ibu bapa dan adik-adiknya memandangkan mereka dari keluarga miskin.
Sementara itu, Doktor Liman Usman memaklumkan bahawa pihak hospital sedang berusaha mencari skrotum plastik untuk mangsa. - CARI |