Walaupun terkenal sebagai personaliti yang mulut becok dan lantang, Azwan Ali mempunyai pengikutnya sendiri yang sentiasa menyokongnya.
Sebelum ini beliau begitu aktif di media sosi@l terutamanya di laman Tw!tter. Namun, kerana perkongsiannya terdahulu, akaunnya telah beberapa kali dinyahaktifkan oleh pihak Twitter kerana dilaporkan oleh pengguna laman sosi@l itu.
Kredit foto: NST & Mynewshub
Terkini, Diva AA kembali aktif di Tw!tter! dengan menggunakan akaun baharu yang dikenali dengan @DivaAATersohor.
Biarpun begitu, ‘comeback’ Azwan seperti tidak disenangi pengguna yang lain kerana perkongsiannya seperti terlalu sensitif dan dianggap mereka agak melampau.
Selain berkongsi perihal dirinya, beliau turut tweet pelbagai isu semasa tanah air termasuklah politik dan hiburan. Dapat dilihat selebriti tempatan malah menteri antara 'mangsa' kecaman beliau.
Biarpun agak kasar, namun ramai juga yang menjadi pengikutnya di laman itu. Apapun harapnya kali ini akaun beliau tidak dinyahaktif lagi ya.- CARI |