Seorang doktor pelatih lumpuh separuh badan akibat dihempap seorang lelaki yang terjun dari tingkat tiga sebuah pusat membeli-belah.
Kredit foto: Evening Standard
Memetik Mirror, tulang belakang Grace Spence Green, 22, mengalami keretakan selepas Amsumana Sillah Trawally jatuh ke atas wanita itu dari ketinggian 120 kaki di pusat beli-belah Westfield di Stratford.
Menurut laporan, lelaki berusia 25 tahun itu dilihat berlegar-legar di dalam bangunan berkenaan mencari lokasi sesuai untuk terjun.
Lelaki yang hanya mengalami patah kaki itu dikatakan sudah dipenjarakan minggu lalu.
Kredit foto: Evening Standard
Sementara itu, Terrence Donovan, peguam kepada Grace berkata, penuntut perubatan di King's College, London itu bagaimanapun berasa lega kerana dia 'menyelamatkan' nyawa Trawally dan kini meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan.
"Dia masih tidak selesa bercakap mengenai insiden itu, namun dia tidak bersedih dengan keadaannya kerana menganggap walaupun cedera, dia berjaya menyelamatkan nyawa seseorang.
"Meskipun lumpuh, Grace tidak berdendam terhadap Trawally," katanya kepada Evening Standard.
Kredit foto: Evening Standard
Bagaimanapun, Donovan berkata, Grace bercadang untuk mengambil tindakan sivil atas kecuaian Westfield.
"Dia (Trawally) berada di Westfield selama empat jam setengah dan dilihat berada di kawasan-kawasan di mana orang ramai tidak dibenarkan berada di situ dan berkelakuan mencurigakan.
"Westfield bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pengunjungnya," ujarnya.
Mahkamah memerintahkan Trawally menjalani hukuman penjara empat tahun selepas dia mengaku bersalah. - CARI |