Pada 11 July 2010, episod pertama rancangan realiti Running Man telah menjadi fenomena di Korea Selatan dan pengaruhnya berkembang sehingga ke negara Malaysia pada hari ini. Meskipun banyak ura-ura yang mengatakan Running Man akan menamatkan siarannya kerana kurang mendapat sambutan, Running Man masih kekal bersiaran sehingga ke hari ini, malah masih menampilkan lawak-lawak yang baru dan konsep yang sangat menarik.
Sumber Gambar: Korea Biz Wire
Episod 273 Running Man baru-baru ini telah tular di media sosial dan menarik perhatian warganet yang terhibur dengan cabaran terbaru yang perlu dihadapi oleh 8 ahli Running Man itu. Cabarannya mudah sahaja, mereka perlu pergi ke kedai dan membeli barangan yang dikehendaki.
Namun, sepanjang perjalan ke kedai runcit itu mereka tidak boleh gelak walau apa pun yang terjadi.
Paling menarik perhatian, Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook perlu membeli sebotol air namun apa yang mereka bakal hadapi sangatlah tidak dijangka. Terdapat lima cabaran yang mereka perlu tempuhi untuk membeli barang yang dikehendaki. Buat korang yang dah lama tak ketawa tu, tengok episod ni sekarang!
Kwang Soo dan Jong Kook berjaya mengharungi sehingga ke lokasi terakhir namun akhirnya Kwang Soo tergelak dan gagal dalam cabaran tersebut. Hanya Kim Jong Kook yang berjaya dalam misi ini, macam manalah agaknya dia boleh tahan gelak.
Buat korang yang masih belum tonton episod ini, apa kata korang pun cuba tahan gelak dalam cabaran tersebut. Tipulah kalau korang tak tergelak walaupun sedikit! - CARI |