Suasana di kawasan penyokong Malaysia kecoh apabila suar yang menyala dilontarkan oleh penyokong Malaysia.
Kredit foto: Malaysia Gazette
Penyokong pasukan bola sepak Indonesia memang terkenal dengan reputasi buruk mereka yang selalu mengganas di stadium tanpa mengira sama ada ketika menjadi tuan rumah atau beraksi di gelanggang lawan.
Sikap buruk mereka itu semakin menjadi-jadi apabila pasukan kesayangan mereka tewas di tangan lawan dan diperlihatkan lagi setelah skuad Garuda kecundang 2-0 dalam pertembungan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bandar Sukan KL pada 19 November.
Memetik laporan laman Facebook Malaysia Gazette, penyokong Indonesia didakwa mula melontarkan suar ke dalam kawasan stadium selepas Safawi Rasid menjaringkan gol pertama untuk Malaysia pada minit ke-29.
Tidak cukup dengan itu, aksi babak kedua dicemari pula dengan tindakan ganas penyokong Indonesia membaling kerusi ke kawasan penyokong Malaysia.
Walau bagaimanapun, situasi di dalam stadium kembali terkawal selepas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan keselamatan bertindak pantas menenteramkan keadaan.
FRU bertindak untuk mengawal keadaan yang panas akibat gelagat penyokong Indonesia.
Kredit foto: Malaysia Gazette
Sikap ganas penyokong kesal itu mengundang reaksi kesal para netizen memandangkan keadaan sedemikian sudah kerap berlaku dalam pertembungan antara Malaysia dan Indonesia.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Mereka turut mempersoalkan tahap kawalan keselamatan di pintu masuk stadium berikutan ada penyokong Indonesia yang dapat membawa masuk suar.
Malah, ada netizen meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi menghalang individu yang disyaki samseng bola sepak terlepas masuk ke dalam stadium.
Kredit foto: Facebook
Jika langkah itu dilaksanakan, pasti ramai yang merungut kerana pemeriksaan keselamatan yang terperinci akan mengambil masa lama, sekali gus boleh menyebabkan kesesakan di pintu masuk.
Mungkin pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk menyekat individu yang mempunyai rekod sebagai 'samseng bola sepak' daripada memasuki stadium seperti yang dilakukan di United Kingdom. - CARI |