Terdahulu, Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac memaklumkan semua stesen penyiaran dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersepakat untuk tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek bagi memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem terbitan mereka mulai Januari 2020.
Kredit foto: Instagram Hans Isaac
Usai pengumuman tersebut dibuat, kenyataan Hans itu menerima pelbagai komen daripada penggiat seni dan netizen.
Kebanyakan netizen bersetuju dengan keputusan itu dan merasakan keputusan berkenaan tepat kerana pemilihan pelakon veteran membawakan watak berusia membuatkan karya tersebut lebih realistik dan bersesuaian.
Malah, dengan terlaksananya syarat tersebut, hak dan kebajikan pelakon lebih terbela. Jika tidak, asyik membawa watak tempelan atau hantu sahaja kan?
Kredit foto: Instagram Michael Ang
Namun, pengarah terkenal Michael Ang berpendapat sebaliknya. Beliau menyifatkan tindakan stesen televisyen dan FINAS itu agak tidak masuk akal kerana ianya menyekat kebebasan untuk berkarya.
Keputusan itu dilihat berat sebelah kerana seolah-olah menutup periuk nasi pihak lain dan isu ini sepatutnya diperhalusi lagi.
Michael Ang menyuarakan rasa kurang senang dengan peraturan yang ditetapkan. Lihat lanjut:
Ada benarnya kata Michael Ang. Mungkin FINAS perlu membuat sedikit pindaan pada syarat tersebut di mana keutamaan watak tua harus diberikan kepada pelakon veteran sekiranya bersesuaian dengan kehendak skrip dan keperluan produksi. - CARI
|