Anwar Ibrahim. Kredit foto: Facebook
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau terlibat dalam salah laku seksual seperti yang didakwa oleh Muhammed Yusoff Rawther yang kini tular melalui media massa dan media sosial.
Beliau menjelaskan, dakwaan yang dibuat oleh Muhammad Yusoff itu adalah fitnah tak berasas.
"ada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada 5 Disember.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
Muhammed Yusoff Rawther. Kredit foto: Facebook
Selain itu, peguam Anwar, Ramkarpal Singh juga akan mengemukakan surat tuntutan kepada Muhammed Yusoff.
"Keluarga Muhammad Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa," jelasnya.
Anwar turut mendakwa, tindakan Muhammed Yusoff itu adalah muslihat menjatuhkan imejnya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.
Apa agaknya yang dibincangkan oleh Anwar dan Datuk Seri Azmin Ali? Kredit foto: Facebook
Sama-sama kita nantikan apakah episod seterusnya dalam drama politik negara yang semakin panas ketika ini. - CARI |