Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon ditimpa malang apabila dia telah tergelincir lalu rebah ketika menggayakan pakaian renang dalam acara swimwear sewaktu pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia.
Shweta yang bermula dengan aksi penuh yakin dan bergaya tetap berjaya meneruskan persembahan setelah rebah dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.
Kasihan, aksi Shweta yang tergelincir lalu rebah di pentas peragaan Miss Universe Foto- Awani.com
Biarpun terjatuh, Shweta berjaya bangkit dengan tenang dan meneruskan aksi catwalknya dengan penuh bertenaga lantas menerima sorakan gemuruh dari penonton.
Lebih menarik perhatian , wakil negara kita bukanlah satu-satunya peserta yang berdepan kesukaran sewaktu acara wimwear itu, malah beberapa Miss Universe dari negara lain turut berdepan masalah sama.
Miss Universe France, Maëva Couckea adalah yang pertama sekali terjatuh kemudian diikuti oleh Miss Universe Malaysia. Selain itu, wakil dari Indonesia , Malta, dan New Zealand adalah antara yang nyaris tergelincir. Lebih menarik lagi, kesemua insiden malang terebut berlaku di suatu lokasi yang serupa iaitu di bahagian hujung pentas.
Keadaan pentas yang kecil dan licin adalah menjadi penyebab utama insiden malang tersebut berlaku sehingga memaksa acara diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada krew pembersihan mengemop kawasan lantai yang licin.
Acara diberhentikan untuk kerja pembersihan Foto-Twitter
Menurut Datin Elaine Daly, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Shweta telah berjaya melakukan yang terbaik.
"Shweta telah berikan persembahan yang mantap, dia berjalan dengan penuh attitude, namun keadaan pentas yang licin menyebabkan Shweta 'tergolek', namun dia berjaya bangkit dengan cemerlang"
Shweta Sekhon tidak membiarkan insiden malang tersebut melumpuhkan semangatnya apabila dia berjaya tampil dengan yakin dan bersahaja dalam pusingan Evening Gown biar pun nampak sedikit berhati-hati dengan keadaan pentas.
Gaun malam rekaan Carven Ong nampak bersinar dan menyerlah di atas pentas, malah rata-rata pemerhati memberikan ulasan yang cemerlang terhadap persembahan Shweta.
Miss Universe Malaysia dmemakai evening gown oleh Carven Ong Foto- misso_malaysia
Diharap kejadian tersebut tidak sesekali mematahkan semangat Shweta untuk beraksi dengan lebih baik dan membawa aspirasi serta hasrat rakyat Malaysia bagi menamatkan kemarau Malaysia selama 49 tahun untuk melepasi peringkat separuh akhir Miss Universe.
Pentas akhir Miss Universe 2019 akan berlangsung pada Isnin ini menyaksikan pemenang akan dimahkotakan dengan mahkota yang baharu tajaan Mouawad.- CARI
|