Negara dikecohkan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin dan Arab, baru-baru ini.
Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi rakyat Malaysia, malah ia turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kredit foto: Twitter
Baginda menerusi Twitter meluahkan pendapatnya berhubung isu itu.
Katanya, tidak menjadi kesalahan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa lain selagi ianya dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme.
Kredit foto: Sinar Harian/Twitter
"Bagi saya, lagu kebangsaan kita 'Negaraku' dengan rasminya dinyanyikan dalam bahasa Melayu 'bahasa kebangsaan' kita.
"Tetapi, tidak salah kalau dinyanyikan dalam bahasa Cina, Arab, hindi, tamil, Inggeris dan lain-lain asalkan ia dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik dan kebanggaan," tulisnya.
Namun, tidak ramai boleh menerima pendapat peribadi banginda itu.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, entri Tunku Azizah itu sudah dipadam dipercayai untuk mengelak daripada menjadikan isu berkenaan semakin besar. - CARI |