Selepas lapan tahun mencetuskan fenomena, Ombak Rindu kini kembali dengan drama bersiri terbaharu Ombak Rindu The Series yang menampilkan barisan baharu pelakon terkenal tanah air seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Seperti yang sedia maklum, filem Ombak Rindu sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana terselit beberapa babak romantis melibatkan watak utamanya.
Malah, menurut pengarahnya Osman Ali, drama bersiri ini juga tidak ‘lari’ daripada babak-babak tersebut. Bagaimanapun, ianya dihadkan mengikut permintaan para pelakon termasuk Izara yang memegang watak sebagai Izzah.
Kredit foto: Cinema Online - Osman Ali
Jaga Hati Suami Dan Keluarga
Menurut Izara, dia sedia maklum mengenai babak-babak di dalam drama ini terutamanya melibatkan babak romantis dengan rakan teraju utamanya, Remy Ishak.
Namun, Izara meletakkan syarat untuk tidak melakukannya adegan tersebut secara berlebihan kerana perlu menjaga hati suami, Adib Khalid dan kedua-dua belah keluarganya.
Kredit Foto - Izara Aishah - Bersama Remy, 'suami' Izara Aishah dalam Ombak Rindu The Series
“Sebagai pelakon berstatus isteri, saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Ia juga syarat saya berikan kepada produksi sebelum bersetuju memegang watak Izzah.
"Asalkan tidak keterlaluan, saya tiada masalah untuk lakonkan babak tersebut," ujarnya memetik Murai.my
Tambahnya, Osman sangat memahami perkara itu dan menghormati permintaan Izara.
Bermula 5 Disember lalu, Ombak Rindu The Series dengan empat episod kesinambungan dari filemnya disiarkan secara percuma di Iflix yang berdurasi selama 90 minit bagi setiap episod.
Bolehlah para peminat melepaskan rindu pada Izara. -
CARI