Semua yang berlaku tiada dalam perancangan. Itulah yang dikatakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac yang menjawab isu pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham.
Ketika ditemu bual Mymetro, dia menafikan segala tuduhan daripada pelbagai pihak kerana mereka tidak menerima maklumat tepat berhubung masalah yang dihadapi Finas.
Foto: Instagram Hans Isaac
Hubungan dia dengan Ahmad Idham juga baik sahaja dan penamatakan kontrak yang dipendekkan sehingga 10 Mac 2020 adalah permintaannya sendiri.
Tiada siapa yang menekan atau memaksa Ahmad Idham untuk membuat keputusan itu dan mereka menghargai sumbangan yang diberikannya sepanjang lapan bulan memegang jawatan CEO Finas.
Kerja tetap diteruskan seperti biasa dan apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan kontroversi yang melanda Ahmad Idham atas kenyataannya sebelum ini yang mencetuskan kemarahan dan sindiran daripada rakan artis.
Pada masa sama, Hans meminta jangan sewenang-wenangnya menuding jari seakan-akan mereka tidak memperjuangkan industri seni kreatif.
Pelbagai rancangan sedang diusahakan Finas dan tolong jangan anggap mereka seperti Superman.
Siapa yang memegang jawatan dalam Finas pasti akan berasa tekanan. Harap Hans tabah dan elakkan isu yang merendahkan martabatkan Finas. - CARI
|