|
Foto: Carian internet
Buat anda yang melabur dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), mesti anda ingin tahu berapa dividen yang anda akan dapat tahun ini kan? Mudah sahaja. Mari kita lihat.
Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad pada tahun 2018, kadar dividen adalah sebanyak 6.50 sen seunit, manakala kadar bonus adalah sebanyak 0.50 sen seunit.
Pertama sekali, dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) dari bulan Januari sehingga Disember 2018. Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan di dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan.
1) Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan.
2) Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan.
3) Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Misalnya:
a. SITUASI A - Anda melabur sebanyak RM7000 pada Januari 2018, tidak langsung melakukan penambahan atau sebarang pengeluaran dari Januari 2018 sehingga Disember 2018.
i. Jika tiada sebarang pengeluaran & penambahan dilakukan untuk setiap bulan, maka BMB untuk setiap bulan sudah semestinya RM7000. Tambahkan untuk 12 bulan:
RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 = RM 84,000
ii. Kemudian, bahagikan dengan 12 untuk Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan
RM84,000 / 12 = RM7,000
iii. Kemudian, darabkan dengan kadar dividen tahun 2018, iaitu 6.50%
RM7,000 X (6.50/100) = RM455 (DIVIDEN)
iv. Kemudian, RM7000 ini didarabkan pula dengan kadar bonus yang ditetapkan iaitu 0.50%.
RM7,000 X (0.50/100) = RM35 (BONUS)
v. Agihan Pendapatan anda = DIVIDEN + BONUS
= RM455 + RM35
= RM490
b. SITUASI B - Anda membuat pelaburan sebanyak RM7,000 pada Januari 2018, dan anda membuat penambahan sebanyak RM300 setiap bulan sehingga Disember 2018, serta beberapa kali membuat pengeluaran.
Bulan
| Baki Awal (RM)
| Tambahan (RM)
| Pengeluaran (RM)
| Baki Akhir (RM)
| Baki Minimum Bulanan ?????BMB (RM)
| Januari
| 7,000.00
| 300.00
| 0.00
| 7,300.00
| 7,000.00
| Februari
| 7,300.00
| 300.00
| 500.00
| 7,100.00
| 7,100.00
| Mac
| 7,100.00
| 300.00
| 0.00
| 7,400.00
| 7,100.00
| April
| 7,400.00
| 300.00
| 0.00
| 7,700.00
| 7,400.00
| Mei
| 7,700.00
| 300.00
| 200.00
| 7,800.00
| 7,700.00
| Jun
| 7,800.00
| 300.00
| 0.00
| 8,100.00
| 7,800.00
| Julai
| 8,100.00
| 300.00
| 400.00
| 8,000.00
| 8,000.00
| Ogos
| 8,000.00
| 300.00
| 0.00
| 8,300.00
| 8,000.00
| September
| 8,300.00
| 300.00
| 0.00
| 8,600.00
| 8,300.00
| Oktober
| 8,600.00
| 300.00
| 0.00
| 8,900.00
| 8,600.00
| November
| 8,900.00
| 300.00
| 300.00
| 8,900.00
| 8,900.00
| Disember
| 8,900.00
| 300.00
| 0.00
| 9,200.00
| 8,900.00
|
i. Tambahkan semua BMB untuk 12 bulan tersebut.
RM7,000 + RM7,100 + RM7,100 + RM7,400 + RM7,700 + RM7,800 + RM8,000 + RM8,000 + RM8,300 + RM8,600 + RM8,900 + RM8,900 = RM94,800
ii. Bahagikan dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan
RM94,800 / 12 = RM7900
iii. Darabkan dengan kadar dividen untuk tahun 2018, 6.50%
RM7900 X (6.50/100) = RM513.50 (DIVIDEN)
iv. Darabkan dengan kadar bonus untuk tahun 2018, 0.50%
RM7900 X (0.50/100) = RM39.50 (BONUS)
v. Agihan pendapatan = DIVIDEN + BONUS
= RM513.50 + RM39.50
= RM553
Jadi, jumlah agihan pendapatan anda untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM553.
Mudah bukan? Melaburlah sekarang dengan ASB!!! - CARI |
|