Hangat dengan suasana politik masa kini, apa kata kita redakan dengan persembahan fesyen daripada selebriti yang kini berada di Milan, Neelofa.
Sentiasa menjadi tumpuan lensa jurugambar, Neelofa dilihat antara figura yang sentiasa mendapat jemputan pertunjukan fesyen terkenal di luar negara.
Ig
Dari jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu dijemput sebagai selebriti pertama hadir ke pertunjukan fesyen jenama mewah Versace di Milan Fashion Week baru-baru ini.
Ig
Tampil bergaya dengan padanan jaket, kain sarong urban, tumit tinggi dan kasut boot, Neelofa tampak bold dan edgy dengan solekan mata yang memukau.
Keterujaaanya nampak dengan koleksi kali ini boleh diperagakan oleh wanita berhijab.
Ig
"Saya sangat teruja, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab."
Ig
Neelofa berada di Milan sejak 21 Februari lalu turut mempromosikan jenamanya berlatar belakangkan kesibukan Milan.
Ig
Ig
Para peminat Neelofa yang setia mengikuti perkembangan fesyennya turut memuji pemilihan fesyen Neelofa. Kali ini nampaknya, Neelofa bijak menyembunyikan kekurangan ketinggian dengan busana yang lebih kena dengan bentuk badannya. Tahniah! -
CARI