Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksana sejak 4 Mei lalu, kes COVID-19 masih menular di negara kita.
Para petugas barisan hadapan masih sibuk bertugas dan membuat saringan kes COVID-19 semasa.
Baru-baru ini, seorang petugas barisan hadapan berkongsi kisah pilu di mana beliau bersama rakan-rakan setugasnya telah pitam semasa bertugas.
Bertugas di bulan puasa dengan memakai sut perlindungan diri (PPE) ditambah pula dengan cuaca yang panas ini sangat menguji mental dan fizikal.
Kredit foto: Facebook Semut Hitam
Maka, beliau menyeru orang ramai agar tidak keluar rumah jika tiada urusan penting walaupun hakikatnya sudah diberi pelbagai kelonggaran oleh kerajaan.
Ini kerana penawar wabak maut ini masih belum ditemui. Langkah terbaik adalah mengelakkan daripada berada di luar rumah jika tiada sebarang urusan penting di samping mematuhi saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rata-rata warga maya turut berasa sedih dengan keaadan yang berlaku dan mendoakan segala urusan petugas barisan hadapan ini dipermudahkan.
Bertabahlah frontliners semua. Sesungguhnya pengorbanan anda tiada galang gantinya. - CARI
|