View: 6334|Reply: 49
|
[Tempatan]
Penunggang motosikal berkuasa tinggi, 40 tahun, maut dalam kemalangan
[Copy link]
|
|
Edited by Nahnukutu at 6-7-2020 12:48 PM
Ajal penunggang motosikal berkuasa tinggi
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | | 5 Julai 2020
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di KM32 Jalan Sungai Koyan-Pos Betau di sini, tengah hari tadi.
LIPIS - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Sungai Koyan - Pos Betau di sini, tengah hari tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Fadzly Abd Hamid, 40, dari Segamat, Johor mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki H2R berkonvoi bersama beberapa penunggang lain dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.
Serpihan komponen motosikal mangsa yang bertaburan di dalam longkang.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui laluan berselekoh lalu terbabas.
"Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada rempuhan itu menyebabkannya melambung sejauh lima meter sebelum terjatuh di bahu jalan.
"Kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kal-berkuasa-tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar melambung 5 meter
Innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan bukit atau jalan yang jarang orang lalu selalu ada lumut. Bawak laju ada risiko lari tayar. Kereta ada stability control, kalau motor memang tercampak. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah
salam takziah
You will have to fork out RM153,000 for the H2, while the H2R – for track use only – will set you back RM260,000
153k tu utk sebijik moto, mesti org yg sgt berada ni, apa2 pn takziah di ucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah!
Dia xde waktu dia layan hobi
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah keluarga mangsa. Ni kes sama dengan kemalangan yang dikatakan sebab tak nampak tanda amaran ada kerja2 pembaikan jalan disitu ke kes yang berlainan. Sebab semalam ada satu thread dengan kes yang tempat yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
jarang jarang eksiden
sekali eksiden, selalunya meninggal
takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..
Cuma tajuk mengundang tandatanya.. Ingat 40 orang yang maut............ |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan rider2 sebenarnya cuma mampu kawal motor 600cc.... Tapi diaorg mampu beli yg 1200cc.... Faham2kan ayat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
600cc sportbike pun dah cukup kuat dah kalau nak ride kat jalan awam. tapi tulah, kalau tak "tambah sikit lagi dah dapat literbike", tak pun "nanti lama2 terer lah bawa moto 1000cc lebih". belum lagi yang bawa tabiat taknak guna brek depan dari zaman naik kapcai lagi, sebab takut terjungkit kalau guna brek depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak lap...
kena tau cara lap....
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. gi kerja, balik kerja cari rezeki utk family. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu nmpak yg penunggang motosikal (kecil/besar) sering makan jalan tang amik korner..walaupun takda kereta dari arah bertentangan, kita yg kt belakang ni dh boleh agak dah mcm mana rider tu punya tahap pemikiran berkaitan keselamatan diri serta pengguna jalan yang lain..
Jenis2 penunggang mcm ni mmg menyusahkan pengguna yg lain...sebab asik fikir nk laju je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 6-7-2020 01:42 PM
Semakin kita laju, semakin susah kita nk adjust point of entry.
sebab daya momentum bergerak lurus ditambah dengan "gyro effect" yg membuatkan seseorang penunggang yg tidak terlatih overshoot..
Perlu ditekankan bahawa mempunyai lesen menunggang tidak bermakna yang kita telah terlatih dan hebat....sedangkan pro-rider motoGP/WSB/BSB/ManTT yg mencari rezeki dgn berlumba pun selalu berlatih..
inikan pulak kita yg cuma weekend warrior sahaja..Apapun, ucapan takziah dan Al-Fatihah kepada rider yg down.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kaya mati dgn cara kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
domestobot replied at 6-7-2020 01:02 PM
600cc sportbike pun dah cukup kuat dah kalau nak ride kat jalan awam. tapi tulah, kalau tak "tamba ...
Ni memang bengong. Brek depan lagi senang kontrol dari brek belakang. Lagipun motor h2r tu takyah bawa atas jalan malaysia ni..mengundang kecelakaan. Kena pulak jalan2 pujaan mat motor area genting sempah awana bentong raub tu..jalan kecik selekoh banyak. Bawa pulak masa hujung minggu je..tak betul2 mahir. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok saja lah berapa ramai penunggang motosikal jatuh masa hari hujan apabila tengah brek. tayar belakang tak jalan jadi moto pun sliding lah. sia-sia je pasang brake disc moto drag Thailand kat depan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|