"Masyarakat kita dah tenat."
Itu pendapat seorang pengguna Facebook berhubung sikap masyarakat kita hari ini yang suka 'membawang' dan membeza-bezakan hingga menyebabkan segelintir pihak hilang keyakinan diri.
Kredit foto: FB
Nuraisyah Abu Husin berkongsi situasi di mana stafnya berasa segan hingga cuba menyembunyikan gelang baru dibelinya kerana tidak mahu dibandingkannya.
"Semalam, staf saya beli gelang emas baru, tapi dekat pejabat dia macam sorok-sorok tangan. Staf seorang lagi bagitahu, dia beli gelang baru tapi malu kalau bos nampak sebab bos pun tak pakai emas," tulisnya.
Kredit foto: FB
Jelasnya, sikap masyarakat kita menjadi punca kita sendiri membeza-membezakan antara satu sama lain.
"Yang beli pakai hasil titik peluh sendiri pun jadi malu nak reward diri. Takut dilabel macam-macam. Kesian staf saya," ujarnya.
Pesannya, jadilah diri sendiri kerana kita di landasan yang benar selagi tidak menyusahkan orang lain.
Kredit foto: FB
Bak kata Nuraisyah, apa je makcik bawang kat Malaysia ni tak compare? - CARI |