CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5982|Reply: 26

'Influencer' Berpakaian Wanita Mohon Maaf, Hanya Salah Faham - Harian Metro

[Copy link]
Post time 2-12-2020 09:57 AM | Show all posts |Read mode


Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung.

"Namun, saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung selepas menonton video berkenaan. Semua itu hanya salah faham," kata personaliti media sosial, Nizam Rahman.

Nizam, 30, membuat permohonan maaf itu susulan video tular di laman sosial yang menunjukkannya memakai baju kurung ketika berada di luar bangunan sebuah stesen televisyen.

Kekecohan berlaku apabila kehadiran Nizam itu tidak disenangi dua lelaki yang menegurnya sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kerana hadir berpakaian wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Nizam berkata, selesai menjalani sesi fotografi produk pada 6 pagi tadi, dia terus bergegas ke stesen televisyen berkenaan.

Menurut Nizam, kehadirannya ke stesen televisyen itu adalah untuk mempromosikan sebuah produk dalam satu slot keusahawanan.

"Untuk pengetahuan semua, pakaian wanita itu dipakai ketika sesi fotografi yang menuntut saya membawa karakter wanita dan memang merancang untuk menukarnya (pakaian) sebaik tiba di stesen televisyen itu.

"Malah, rakan saya yang membantu membawakan pakaian akan dipakai ketika slot dalam program itu, namun sebaliknya berlaku apabila saya ditegur dua pemuda tidak dikenali dengan bahasa kasar sebaik memasuki bangunan stesen televisyen berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nizam, dia terbuka menerima teguran seandainya disampaikan dengan cara yang betul.

Malah, Nizam berkata, dia masih tahu batasan dan akur dengan peraturan, etika penyiaran dan tatacara pakaian untuk tampil dalam mana-mana program di stesen televisyen.

"Saya masih tahu peraturan dan adab, malah mungkin ramai tidak tahu saya pernah menjalani latihan industri di sebuah stesen televisyen swasta.

"Kalau stesen TV (televisyen) lain pun melarang tampil berpakaian menyerupai wanita, apa lagi stesen yang berunsurkan Islamik.

"Jadi, saya tidak akan melanggar peraturan itu, lagipun kehadiran saya ke situ hanya untuk mempromosikan produk malah saya memakai baju Melayu ketika siaran langsung berkenaan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 10:10 AM | Show all posts
byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah...

cuma 1 terkeluar kat sini...


apa 'slot keusahawanan' yg menuntut jantan berpakaian wanita tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:12 AM | Show all posts
mesti naluri kewanitaan dia menjerit2 nak pakai baju wanita. skli hamekkk kau terus keluar tv.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 2-12-2020 10:10 AM
byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah...

cuma 1 terkeluar kat sini. ...

Jual ubat tegang ubat ketat kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sial. “Sy terbuka kalau tegur dgn baik” hello nyah!!! Dah beratus2 komen baik2 dgn fb ko ada ko ikut??? Mmg elok la tegur kasar plak puak2 ni. Mmg over dia ni skrg. Sbb tu xpayah la rasa kelakar / support laki pakai mcm pompuan. Konon lawak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesi potografi apa yg kena pakai baju pompuan tu?? Sooooo low classes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 10:27 AM | Show all posts
Kalau benar nak promosi barang tak boleh betul2 ambil wanita ke untuk jadi modelnya kenapa perlu sendiri nak kena berpakaian wanita untuk itu, ke dah kantoi mulalah beralasan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:32 AM | Show all posts
rasa mcm propa je ni
saje nak viral je ni

aku follow dia ni kt ig
ntah cemana boleh follo ntah
hahahhahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 10:35 AM | Show all posts
dia ni mcm sajat in the making je.. dulu okay je..
skrg dah mcm perempuan.. sama dgn budak mulut lebar tu, tp budak tu lg annoying nak mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:38 AM | Show all posts
anony-mous replied at 2-12-2020 10:23 AM
Mcm sial. “Sy terbuka kalau tegur dgn baik” hello nyah!!! Dah beratus2 komen baik2 dgn fb ko ada k ...

Kannn? Menyampah betul dengan spesis2 camni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 2-12-2020 10:32 AM
rasa mcm propa je ni
saje nak viral je ni


Aku ni wat bisnes..so aku tau ni startegi nak viral..tp tu la ..aku pon teringin nak upah org buat mcm ni..xtau la sape nak kejasama ngn aku ahax
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:49 AM | Show all posts
iols tak pernah bekenan dengan heols ni. video video dia dari dulu mcm double meaning tegelek2 tetek la apa la. tah ape ape. sape entah follow. slalu ckp heols jantan la apa la. tapi dok tegedik2 mcm pmpuan sesuatu sangat dekkk bottom much.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:53 AM | Show all posts
si bahlol mana plak ni gigih nk mtk kecam supaya tambah famous
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:00 AM | Show all posts
eleh kalau bukan dia yg upload video tu, takde sapa tau pun yg dia kena tegur sebab masuk kawasan JAWI berpakaian perempuan, bukan tak boleh tukar baju dalam kereta tapi sengaja kan, lepas tu sendiri upload siap nak carik mamat yg tegur tu, mamat tu cakap elok2 tetiba kawan dia yg nak marah tanya awak sapa nak tegur? payah kalau tak boleh langsung ditegur ni


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:12 AM | Show all posts
budaktua replied at 2-12-2020 10:10 AM
byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah...

cuma 1 terkeluar kat sini. ...

dia cakap sesi photo sebelum pegi stesen tv tu yang buat dia kena pakai baju kurung...  maybe rush kesana terus kot n dia kata kawan dia dah bawak dah baju untuk pakai dalam slot tv...  kiranya nanti salin kat stesen tv la...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:12 AM | Show all posts
stupid act.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 11:14 AM | Show all posts
alamak ni staged ke? saja mintak viral.

ada sekor nyah dlm fb line..ceman bole lalulang kt fb..mula elok je dia baju biasa nampk decent pakai spek jual apa tah..tak tgk pun perasan dia masa scroll..skli lama2 dia berkemban kau kt fb. pastu  kadang baju jarang nmpk puting tetek. aku hide vid.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:33 AM | Show all posts
kau memang buat benda salah pun dik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:40 AM | Show all posts
ala kejap lagi dia bergambar la dgn mak dia...
caption... hanya mak yg memahami gitu...

lepas tu pakai baju lelaki...
caption.... aku masih lelaki tulen...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:40 AM | Show all posts
depan mak ayah pun dia cakap nak jadi pompuan, pakai baju kurung, menetekkan anak sedara dia.. mengaku straight, tapi asik drag ke sana-sini..  video pun trying too hard..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065579 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list