CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 16

[Tempatan] Pakar psikologi- masyarakat sekarang tidak lagi pandang negatif mereka yg status

[Copy link]
Post time 2-12-2020 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Status janda bukan lagi stigma dalam masyarakat - Pakar psikologi
Wan Syamsul Amly
Disember 2, 2020 10:00 MYT

KUALA LUMPUR: Status janda bukan lagi stigma dan tidak mewujudkan persepsi negatif dalam masyarakat dilihat turut menyumbang kepada kelonggaran dalam institusi kekeluargaan hari ini.
Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata peredaran zaman serta peranan wanita yang kian penting dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga turut mempengaruhi cara melihat institusi kekeluargaan itu sendiri.

"Generasi terdahulu masyarakat Asia pada umumnya menganggap perceraian sebagai satu perkara yang negatif.
"Ini menyebabkan mereka sedaya upaya cuba memelihara institusi perkahwinan itu daripada terlerai.
"Perkataan janda itu sendiri dahulunya satu label yang dipandang serong oleh masyarakat. Bagaimanapun, pada masa kini, stigma ini hampir tidak lagi wujud dan dianggap sebagai perkara biasa.


"Wanita kini lebih berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang tersendiri. Ini menyebabkan mereka lebih berdikari dan berasakan mereka tidak perlu lagi meneruskan perkahwinan yang tidak bahagia.
"Ekspektasi terhadap pasangan yang tidak realistik. Contohnya suami yang masih mengharapkan isteri yang bekerja untuk menguruskan rumah dan anak sepenuhnya dengan sempurna.
"Daripada pihak isteri pula, ada isteri yang mengharapkan suami untuk menguruskan segala urusan kewangan walaupun isteri juga bekerja.
"Perlu diingatkan bahawa institusi kekeluargaan merupakan satu komitmen berpanjangan oleh kedua belah pihak," katanya semasa dihubungi, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu jelas Dr Firdaus, ada juga kes pengabaian tanggungjawab serta nafkah oleh suami disebabkan oleh anggapan bahawa isteri mempunyai sumber pendapatan sendiri.

Tegasnya, sikap egosentrik iaitu mementingkan diri sendiri dalam kalangan pasangan di mana mereka lebih mengutamakan apa yang mereka peroleh dalam perkahwinan berbanding kepada apa yang dapat mereka sumbangkan dalam perkahwinan tersebut juga faktor menjejaskan institusi keluarga.
"Dunia yang semakin kompetitif juga menyebabkan sikap untuk berlumba-lumba dalam mengejar kerjaya juga boleh berlaku di kalangan pasangan di mana ada pasangan yang merasa cemburu apabila pasangannya lebih berjaya berbanding dirinya.
"Pada masa dahulu, situasi ini tidak berlaku kerana peranan wanita secara tradisinya sebagai suri rumah.
"Jadi kalau kita lihat peredaran zaman serta peranan wanita pada masa kita menyumbang kepada ekonomi keluarga, mempengaruhi cara kita melihat institusi kekeluargaan itu sendiri serta menyebabkan berlakunya persepsi perubahan daripada persepsi kepada institusi kekeluargaan itu sendiri," jelasnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin sebelum ini mendedahkan bilangan perceraian meningkat 12 peratus daripada 50,862 pada 2018 kepada 56,975 pada 2019.
Sementara bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2019 ialah 203,821, menurun 1.2 peratus daripada 206,352 pada 2018.

Sementara itu, budayawan, Prof Madya Dr Lim Swee Tin menjelaskan sudah tiba masa semua pihak memikirkan pengurusan konflik rumah tangga yang lebih mantap kepada masyarakat.
Ia termasuk konteks kejiranan dan teladan orang dewasa dalam pengurusan konflik rumah tangga yang lebih mantap kepada masyarakat.

"Kalau kita lihat apa yang berlaku pada hari ini, sesetengah punca penceraian itu bukan disebabkan oleh faktor yang besar.
"Kadang-kala hal remeh, sehingga timbul pertanyaan adakah mereka ini belum mempunyai persediaan cukup kuat untuk berumah tangga.
"Persediaan dari segi kewangan, dari segi kerjaya, dari segi kebolehan menguruskan emosi juga, ada yang tidak bersedia.
"Saya fikir timbul saja kesalahan kecil, diperbesarkan sehingga menjadi konflik, menjadi sesuatu yang meruncing dan akhirnya perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xsuka sbb xsuka perasaan yg org pandang rendah kemampuan..

Padahal aku lah mak aku lah ayah..
Aku masak setiap hari utk anak aku ..
Aku berbisnes..
Aku Ponder ada staff ada ejen.
Aku joging (jalan je x joging) hampir setiap hari
Aku ke mall paling kurang 5x seminggu
Tapi maybe ada keberkatan masa sempat pulak buat semu ahax
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:58 PM | Show all posts
klu dkt tmp aku ni...org xkisah pun...byk lg benda nk kne pk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:05 PM | Show all posts
bagi sy pandangan negatif pasal janda ni sebagai satu simbol sex.

maklum la masa kawin selalu dapat, bila menjanda sure dalam kepala otak buaya darat lama tak merasa bebird ada chance nak mengayat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:09 PM | Show all posts
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:09 PM | Show all posts
selalunya puak lobai la yg ada konotasi negatif pasai janda bukan aku kata tapi lobai sendiri yg kata gtu
tak caya tanya ostad nie





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Janda sbb membirah ai akan keji,tp kalau janda sbb kematian suami,ai hrp dia akan tabah..

Janda sbb jantan tak guna pn ai akan kesian..sbb bkn dia pinta tp jantan y buat ta*k..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:11 PM | Show all posts
Kucoba coba melempar manggis
Manggis kulempar mangga kudapat,
Kucoba coba melamar gadis
Gadis kulamar janda kudapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 04:26 PM | Show all posts
Janda? takda masalah pun, dari asal berlaki tapi kena dera mental fizikal.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:27 PM | Show all posts
Dah nak abis thn 2020, and we're still discussing abt this crap? Stigma bodoh yg dicipta oleh masyarakat kuno. Let the sisters live.

Cuba bincangkan nasib wanita yg datang drpd social class bawahan dan keluarga miskin yg tak mampu membeli sanitary products. Tengok Scotland dah tamatkan period poverty - semua produk period adalah percuma. Jgn sibuk psl policing rahim wanita bab abortion jah, tolong fikirkan mcm mana dgn maintenance nya sekali hokeh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
chenta_dewi replied at 2-12-2020 03:52 PM
Aku xsuka sbb xsuka perasaan yg org pandang rendah kemampuan..

Padahal aku lah mak aku lah ayah. ...

Wahh. Founder produk ap tu? Meh la share
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Founder produk kayangan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:51 PM | Show all posts
dani-rox replied at 2-12-2020 04:27 PM
Dah nak abis thn 2020, and we're still discussing abt this crap? Stigma bodoh yg dicipta oleh masyar ...

lol Baru tau Scotland free. My nenek citer org dulu guna kain lipat2.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 07:53 PM | Show all posts
borrow replied at 2-12-2020 05:51 PM
lol  Baru tau Scotland free. My nenek citer org dulu guna kain lipat2.

samalah dgn nenek ai, pakai kain jah.
undang2 menamatkan period poverty di Scotland baru jah diperkenalkan. kesian dgn kaum wanita yg struggling dgn masalah kewangan lebih2 lg dlm covid19, nak makan pun susah, apatah lg nak beli pads/tampons. untunglah wanita scotland sekurang2nya dgn free sanitary products nih, ringan sket beban.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 08:15 PM | Show all posts
dani-rox replied at 2-12-2020 07:53 PM
samalah dgn nenek ai, pakai kain jah.
undang2 menamatkan period poverty di Scotland baru jah dipe ...

ic , baru lagilah. Untung deyols
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Janda xpe.. tapi andartur sentiasa dipandang hina dan dituduh macam2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 08:20 PM | Show all posts
of courselaah

sapa la ada mas alayan gossip artis  ngumpat org lain and pikiaq pasal janda?
my god, banyak benda  laa nak pikiaq
get a life lah.

ni macam taboobeli sanitary pad ke?

oh god.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073046 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list