CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1508|Reply: 4

[Sarawak] Covid-19 28/04/2021

[Copy link]
Post time 29-4-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode
COVID Sarawak: 416 kes, enam kematian hari ini




KUCHING: Sarawak mencatatkan 416 kes positif COVID-19 baharu dan enam kematian hari ini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 48 peratus kes tertumpu di daerah Kapit, Sibu, Bintulu, Meradong dan Miri.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kapit dengan 53 kes, Sibu (46), Bintulu (38), Meradong (33), Miri (30), Kuching (29), Serian (24), Saratok (21), Beluru (18), Kanowit (15), Samarahan (12), Mukah (12), Selangau (10), Sarikei (10), Song (9), Bau (9), Belaga (8), Julau (5), Tanjung Manis (5), Pakan (5), Lundu (5), Bukit Mabong (4), Sri Aman (3), Limbang (3), Tebedu (3), Matu (2), Kabong (1), Tatau (1), Dalat (1) dan Sebauh (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,377 kes.
Enam lagi kes kematian, menjadikan jumlah setakat ini 171 orang.

Kes kematian ke-166 adalah kes Ke-20,392 melibatkan seorang lelaki berumur 30 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga dan dibawa ke Hospital Bintulu. Kes kematian ke-167 adalah kes ke-27,388 melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun dan meninggal dunia di Hospital Bintulu.
Kes kematian ke-168 adalah kes ke-27,158 melibatkan seorang perempuan berumur 76 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak kerana tidak sedarkan diri. Kes kematian ke-169 adalah kes ke-21,659 melibatkan seorang perempuan berumur 79 tahun dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.
Kes kematian ke-170 adalah kes ke-17,283 melibatkan seorang lelaki berumur 54 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sibu. Kes kematian ke-171 adalah kes ke-28,397 melibatkan seorang lelaki berumur 37 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah pada 24 April 2021 di Sibu.
“Hari ini terdapat 449 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 23,491 orang atau 79.96 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” kata JPBNS menerusi kenyataan.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,646 orang.
Manakala, 416 PUI baharu telah dilaporkan.

kredit : utusan borneo 28/04/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 08:00 AM | Show all posts
Dua kluster baharu melibatkan rumah panjang dan sekolah menengah



KUCHING: Dua lagi kluster jangkitan COVID-19 diisytihar di Sarawak hari ini melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Strass, Meradong dan sekolah menengah di Sri Aman.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kluster tersebut ialah Kluster Ulu Strass, Meradong dan Kluster Melugu, Sri Aman.

Kluster Ulu Strass katanya merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di Kilometer 2, Jalan Pakan di kawasan Ulu Strass, Meradong.

Indeks kes kepada kluster ini merupakan lelaki tempatan, 66, yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Sarikei pada 16 April 2021.

“Kes telah mendapat jangkitan  dari komuniti semasa berada di Daerah Pakan dan jangkitan merebak dalam kalangan ahli keluarga dan rumah panjang melalui pergaulan rapat. Sejumlah 47 individu telah disaring dimana 25 kes dikesan positif termasuk kes indeks manakala 22 kes lagi didapati negatif,” katanya.

Sementara itu Kluster Melugu merupakan satu kluster melibatkan sebuah sekolah menengah di Sri Aman.

Kes indeks katanya adalah guru lelaki, 32, di sekolah berkenaan yang dikesan melalu saringan individu bergelaja pada 21 April 2021 di Klinik Kesihatan Sri Aman.

Ujian saringan mendapati positif pada 25 April 2021 dan kes mendapat jangkitan dari komuniti semasa berada di Daerah Sri Aman.

Sejumlah 582 individu telah disaring di bawah kluster ini dimana 13 kes didapati positif termasuk kes indeks, 163 kes lagi negatif dan 406 masih menunggu keputusan makmal.

Dengan pengisytiharan dua kluster baharu ini, jumlah kluster masih aktif kini adalah sebanyak 65 kluster dimana 10 kluster merekodkan 75 penambahan kes baharu.

JPBNS turut memaklumkan Daerah Tanjung Manis telah bertukar ke status Jingga daripada Kuning setelah merekodkan sebanyak 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada lapan daerah, manakala 22 daerah kekal berstatus Merah, sembilan daerah berstatus Kuning dan satu daerah berstatus Hijau.

kredit : utusan borneo 28/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2021 08:05 AM | Show all posts
Dr Sim jamin AstraZeneca tidak digunakan di Sarawak



KUCHING: Tiada vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca akan digunakan di Sarawak, tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

"Bagi yang mahu disuntik vaksin AstraZeneca mereka boleh mendapatkannya di pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur. Bukan di Sarawak," catat Dr Sim yang juga penasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Facebooknya.

Catatan itu adalah susulan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyatakan akan menawarkan vaksin tersebut untuk kegunaan di Sarawak.

Vaksin AstraZeneca dibimbangi orang ramai kerana dipercayai mempunyai kesan sampingan seperti pembekuan darah yang menyebabkan kematian.

Pada Rabu, Khairy berkata kerajaan akan memulakan pemberian suntikan vaksin jenis AstraZeneca kepada mereka yang mendaftar secara sukarela di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang bakal diwujudkan tidak lama lagi.

PPV Khas itu akan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur dan sebanyak 268,800 dos suntikan itu diperuntukkan.

Orang ramai yang mendaftar secara sukarela di PPV berkenaan akan diberikan vaksin itu berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'.

Katanya langkah itu dibuat bagi menangani ketakutan dan kegusaran rakyat terhadap vaksin itu, selain tidak mahu mengganggu program imunisasi yang sedang berjalan.

kredit : utusan borneo 28/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 09:31 AM | Show all posts
Kapit makin mendunia


Bz mek 2 arituk...
kelak2 mek nangga gik


Jaga dirik bebait deng


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 12:08 PM | Show all posts

kmk pun sambil2 juak tokkinek kerek kanan dah kwn/family kenak covid

btu nait juak tapi kebanyakkan kes ya sidak memang udah dikuarantin awal
sebab ya sidak madah terkawal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.385754 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list