445 kes COVID-19 di Sarawak hari ini
KUCHING: Sarawak mencatatkan 445 lagi kes COVID-19 pada hari ini.
Di daerah Sibu 98 kes dicatatkan, Beluru (51), Miri (41), Mukah (40), Selangau (37), Bintulu (31), Kuching (26), Samarahan (22), Serian 20 kes dan Julau (12). Daerah Kanowit pula 12 kes, Subis (11), Limbang (10), Tebedu (8), Kapit (6), Meradong (4), Song (3), Tatau (3), Belaga (2), Bau (2), Bukit Mabong (2), Saratok (1), Sebauh (1), Asajaya (1) dan Betong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,104 kes, lapor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan kepada media. JPBNS turut memaklumkan, terdapat dua lagi kes kematian, sekali gus menjadikan jumlah kematian di 180 orang setakat ini.
Kematian ke-179 membabitkan wanita berumur 72 tahun dan meninggal dunia pada 28 April selepas dirujuk ke Hospital Bintulu. Sebelum itu si mati yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), Mukah. Kes kematian ke-180 melibatkan seorang lelaki berumur 75 tahun yang telah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Serian kerana mengalami kesesakan pernafasan. Ujian saringan mendapati dia positif pada 26 April dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak. Keadaan kesihatannya yang berpenyakit darah tinggi dan paru-paru, semakin merosot dan meninggal dunia pada 30 April. Hari ini terdapat 441 lagi kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dan discaj setakat ini ialah 24,888 orang atau kira-kira 80 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah 5,419 orang. Sebanyak 445 pesakit di bawah siasatan direkodkan hari ini.
kredit : utusan borneo 01/05/2021
|