CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 4

[Sarawak] Covid-19 04/05/2021

[Copy link]
Post time 5-5-2021 07:55 AM | Show all posts |Read mode
620 kes COVID-19 baharu di Sarawak


KUCHING: Sarawak mencatatkan 620 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 64 peratus daripadanya dikesan di daerah Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan Bukit Mabong.


Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Bintulu merekodkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 128 kes.
Manakala daerah lain, Miri (82), Kapit (81), Sibu (55), Bukit Mabong (51), Kanowit (42), Sri Aman (27), Belaga (26), Kuching (18), Beluru (16), Lundu (12), Subis (12), Saratok (11), Tebedu (10), Song (7), Pakan (6), Sarikei (5), Sebauh (5), Tatau (4), Betong (4), Selangau (4), Bau (4), Mukah (3), Meradong (2), Dalat (2), Tanjung Manis (2) dan Serian (1).
Jawatankuasa berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,667 kes di Sarawak.

"Daripada 620 kes baharu yang dilaporkan, seramai 53 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan

"Manakala, seramai 557 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin," katanya.
Sementara itu Sarawak juga hari ini merekodkan empat lagi kematian dan ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan dengan jumlah keseluruhan 188 orang.
"Kes kematian ke-185 melibatkan seorang wanita berumur 57 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2021.
"Kematian ke-186 melibatkan seorang wanita berusia 78 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2021," katanya.
Menurut jawatankuasa, bagi kematian ke-187 melibatkan seorang lelaki berumur 53 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Miri kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas dan kes disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2021.
Bagi kes ke-188 ia melibatkan wanita berusia 44 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk, sakit tekak, kelesuan badan dan kesukaran bernafas dan kes disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2021.

kredit : utusan borneo 04/05/2021


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2021 07:56 AM | Show all posts
PKPD di 11 lagi lokasi di Sarawak

KUCHING: Sebelas lagi kawasan merangkumi lapan rumah panjang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata antara rumah panjang yang dikenakan arahan PKPD adalah Rumah (Rh) Tiut Usit Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau di Tatau yang mana PKPD berkuat kuasa dari 28 April hingga 11 Mei 2021.
Selain itu Rh Mujah Atin di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (28 April hingga 11 Mei 2021); Rh Sam Sumbang, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (29 April hingga 12 Mei 2021) serta Rh Ajah Umkar Sg Serupai Baru, Tatau (29 April hingga 12 Mei 2021).
"Sementara itu PKPD juga dikenakan di Rh Saran Belang, Nanga Tau, Tatau ( dari 1 hingga 14 Mei 2021); Rh Nelson Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei 2021);  Rh Jungan Mitoh, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei 2021) dan Rh Jembu Ensor, Rantau Sukat Roban, Betong (3 hingga 17 Mei 2021).

"Selain rumah panjang turut dikenakan PKPD, dua buah kampung iaitu Kampung Bungey, Debak, Betong (5 hingga 18 Mei 2021) dan Kampung Tanjung, Hulu Saratok (5 hingga 18 Mei 2021)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.




Manakala satu lagi yang dikenakan PKPD melibatkan kuaters pekerja Forescom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (29 April hingga 12 Mei 2021).
JPBNS turut memaklumkan dua lagi rumah panjang dilanjutkan tempoh PKPD iaitu  Rh Dinggai Sg Amut Atas Lubok Pisang, Pakan (06 hingga 19 Mei 2021) dan Rh Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (06 hingga 12 Mei 2021)
"Hari ini juga jawatankuasa telah memutuskan untuk menamatkan PKPD Rh Naning, Sungai Baji, Sarikei memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.
"Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 07:57 AM | Show all posts
Dua kluster baharu, Mongkos dan Bungey




KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu Kluster Mongkos, Tebedu dan Kluster Bungey, Betong hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster Mongkos, Tebedu merupakan kluster komuniti di mana indeks kes adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di pusat beli belah Vivacity dikesan melalui saringan bergejala pada 16 April dan disahkan positif COVID-19 pada 17 April.

"Dipercayai kes indeks mendapat jangkitan dari komuniti di Kuching dan membawa jangkitan tersebut kepada ahli keluarga dan komuniti di Kampung Mongkos. Perebakan jangkitan turut melibatkan sebuah sekolah rendah di Tebedu dan sekolah menengah di Serian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya juga, saringan COVID-19 telah dilakukan ke atas kontak keluarga serta rapat kepada kes indeks, di mana 14 (termasuk kes indeks) daripadanya dikesan positif dan dimasukkan ke PKRC Serian.

"Sejumlah 70 individu disaring, 14 positif, 37 negatif dan 19 lagi masih menunggu keputusan makmal," katanya.

Manakala untuk kluster Bungey, Betong pula dikesan melibatkan sebuah kampung di Debak, Betong yang mana kes indeks adalah seorang warga tempatan yang dikesan melalui saringan bergejala pada 28 April.

"Sejumlah 497 individu disaring dan 12 dikesan positif COVID-19, 392 kes adalah negatif dan 93 lagi masih menunggu keputusan makmal.

"Kes indeks telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan 11 lagi yang positif dirujuk ke PKRC Betong untuk rawatan lanjut dan pengasingan," katanya.

Sebanyak 78 kluster lagi masih aktif di mana 19 kluster merekodkan 145 penambahan kes baharu, manakala 59 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Sementara itu, daerah Tatau hari ini kembali ke status jingga daripada merah selepas merekodkan hanya 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari menjadikan empat daerah berstatus jingga setakat hari ini.

"Daerah Belaga pula bertukar ke status merah setelah merekodkan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.

"Keseluruhannya (hari ini) sebanyak 24 daerah berstatus merah,  12 daerah kekal kuning dan tiada daerah berstatus hijau," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 07:59 AM | Show all posts
ADUN Balingian berharap kes COVID-19 di Mukah cepat reda




MUKAH: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berharap kes COVID-19 di daerah Mukah akan reda dengan cepat.


Menurutnya, teSebelum ini, PKRC berkenaan mempunyai tiga unit pendingin hawa.
Masing-masing satu unit merupakan sumbangan Sarawak Energy Berhad (SEB), Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib manakala satu lagi kepunyaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah.
Setelah disusun semula, PKRC Kem Belia kini dapat menampung 150 pesakit berbanding hanya 80 sebelumnya.
Turut hadir Residen Bahagian Mukah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurisan Bencana Bahagian Mukah Hamdiah Bakir.rdapat peningkatan kes beberapa hari lalu terutama di kawasan Bukit Dinding-Bergerik menyebabkan kes positif melonjak semula.
“Mukah kini berada dalam Zon Merah dan masih banyak kes positif, namun kita berharap semuanya akan reda tidak lama lagi,” katanya pada penyerahan pendingin hawa di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kem Belia Mukah kelmarin.
Abdul Yakub menyumbang satu unit pendingin hawa kepada PKRC berkenaan.

Katanya, ia bagi keselesaan pesakit COVID-19 yang menerima rawatan serta dikuarantin di situ.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 08:01 AM | Show all posts
COVID-19: PSB Miri letak keprihatinan tinggi terhadap isu pengangguran



SUMBANGAN MAKANAN: Lee (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Teo (kiri).

MIRI: Parti Sarawak Bersatu (PSB) Miri meletakkan keprihatinan tinggi terhadap isu pengangguran berikutan pandemik COVID-19.

Ketua Wanita Pusat PSB Suzanne Lee berkata, pengangguran dan bergaji hari adalah salah satu cabaran terbesar yang dihadapi rakyat Sarawak sejak pandemik melanda negeri ini tahun lalu.

Lee yang juga setiausaha cawangan PSB Senadin menunjukkan bahawa parti berkenaan berusaha keras membantu mereka yang terjejas akibat pandemik berkenaan.

Ahli PSB di Wilayah Utara Steve Teo turut bersetuju dengan Lee mengenai keperluan untuk mengatasi masalah tersebut.

Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil, ia hanya akan menyumbang kepada peningkatan jumlah penduduk miskin di bandar.


“Kita telah menerima banyak maklum balas daripada masyarakat setempat bahawa mereka kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

“Ada juga antara mereka yang mengambil gaji harian minimum yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan mereka,” jelas Teo.

Oleh itu katanya, pihaknya percaya bahawa peluang pekerjaan harus diutamakan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab.

Ahad lalu, PSB Miri telah menyampaikan sumbangan makanan kepada kira-kira 30 keluarga yang memerlukan di Tudan Desaras.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan Lee kepada penerima ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan.

Hadir sama ialah Penolong Setiausaha pusat PSB Sim Poh Giap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038022 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list