KUCHING: Majlis Islam Sarawak hari ini (5 Mei) memaklumkan mengenai memendekkan tempoh sambutan atau ziarah Hari Raya Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Garis Panduan sambutan Aidilfitri yang dikeluarkan ia sebelum ini iaitu pada Selasa (4 Mei) membenarkan umat Islam menyambut atau ziarah selama tujuh hari - 1 hingga 7 Syawal. Bagaimanapun menerusi kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sesawang rasminya, tempoh sambutan itu dipendekkan kepada tiga hari - 1 hingga 3 Syawal. Garis Panduan lain tiada perubahan. Majlis Islam Sarawak masih mengekalkan had sambutan atau ziarah hanya untuk ahli keluarga terdekat. Antara lain yang dibenarkan ialah solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau, musala dan premis yang mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja dan bilangan jemaah dibolehkan adalah berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.
"Majlis Islam Sarawak mengambil maklum bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan dan disambut oleh seluruh umat Islam setelah berakhirnya Ramadan. "Bagaimanapun dalam suasana wabak COVID-19 masih menular, Majlis Islam Sarawak menyeru seluruh umat Islam di Sarawak agar mematuhi arahan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia dan perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis Islam Sarawak," kata kenyataan itu.
kredit : utusan borneo 05/05/2021
|