View: 1344|Reply: 2
|
[Sarawak]
Covid19 07/05/2021
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 9-5-2021 01:42 AM
Sarawak mencatatkan 750 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 517 atau 68.93 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Selangau, Sibu, Sarikei, Bintulu, Pusa dan Kanowit.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Miri (124),
Selangau (111),
Sibu (94),
Sarikei (53),
Bintulu (50),
Pusa (45) ,
Kanowit (40),
Pakan (36),
Meradong (29),
Betong (29),
Kuching (22),
Song (22),
Kapit (20),
Bau (17),
Saratok (12),
Subis (10),
Tebedu ( 8 ),
Limbang (7),
Samarahan (6),
Mukah (6),
Sebauh (2),
Lundu (2),
Julau (2),
Tatau (1),
Lawas (1)
Lubok Antu (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 34,227 kes.
Daripada 750 kes baharu yang dilaporkan, seramai 36 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 677 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 541 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (1 kes bergejala).
II. 134 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala).
III. 38 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala).
IV. 35 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
V. 2 kes melibatkan individu balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Indonesia.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 8-5-2021 03:19 AM
Hari ini terdapat enam (6) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 201 orang.
I. Kes Kematian Ke-196.
Kes kematian ke-196 adalah kes ke 28,563 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 80 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah pusat jagaan.
Kes didapati mengalami gejala batuk berkahak dan kesukaran bernafas 3 hari sebelum itu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 26 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Mei 2021.
Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit paru-paru kronik (COPD).
II. Kes Kematian Ke-197.
Kes kematian ke-197 adalah kes ke 26,567 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu hasil saringan individu bergejala di sebuah fasiliti swasta.
Saringan ujian RTK Antigen dan rt-PCR yang dijalankan didapati positif COVID-19 pada 22 April 2021
Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Mei 2021.
Kes ini tidak mempunyai ko-morbid.
Kes ini adalah dari Kluster Jalan Ding Lik Kwong.
III. Kes Kematian Ke-198.
Kes kematian ke-198 adalah kes ke 21,710 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri hasil saringan kontak rapat kepada kes positif melalui ujian rt-PCR yang dikesan positif COVID-19 pada 14 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati kian merosot dan disahkan meninggal dunia pada 6 Mei 2021.
Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi. Kes ini adalah dari Kluster Abak Bon.
IV. Kes Kematian Ke-199.
Kes kematian ke-199 adalah kes ke 30,509 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah dibawa ke Klinik Kesihatan Bintangor kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas 3 hari sebelum itu.
Kes kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sarikei kerana memerlukan rawatan lanjut.
Saringan ujian RTK Antigen dan rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 30 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Mei 2021.
Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dislipdemia dan asthma.
V. Kes Kematian Ke-200.
Kes kematian ke-200 adalah kes ke 30,971 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas. Saringan ujian rt- PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 30 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Mei 2021.
Kes ini tidak mempunyai ko-morbid.
VI. Kes Kematian Ke-201.
Kes kematian ke-201 adalah kes ke 19,112 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan kesukaran pernafasan. Ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif pada 08 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati kian merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|