View: 1820|Reply: 7
|
[Sarawak]
Hospital Medan ATM
[Copy link]
|
|
KAPIT, 8 Mei 2021 – Proses menaiktaraf Dewan Masyarakat Melayu Kapit mengikut spesifikasi untuk dijadikan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu Hospital Daerah Kapit merawat pesakit bukan kes COVID-19 telah hampir selesai dan dijangka akan sedia untuk beroperasi bermula mulai 10 Mei 2021 ini.
Usaha giat pengubahsuaian Dewan Masyarakat Melayu Kapit tersebut yang dirancang oleh Panglima 9 Briged telah dilaksanakan oleh 7 Pegawai dan 69 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk 13 anggota daripada pasukan Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) serta turut mendapat bantuan daripada agensi awam lain dan pihak swasta. Bantuan dari TUDM juga turut membantu memudahkan proses penubuhan hospital menerbangkan aset perubatan dari Kuching dan Kuala Lumpur ke Kapit.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang serta diiringi Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa dan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar turut hadir bagi meninjau perkembangan semasa penubuhan Hospital Medan ATM di Dewan Masyarakat Melayu Kapit pada pagi ini.
Pegawai Memerintah 1 Batalion Ubat, Leftenan Kolonel Dr Saiful bin Ju@ju Ahmad selaku Komander Misi Hospital Medan ATM Kapit turut menyampaikan taklimat pengoperasian Hospital Medan ATM sebelum membawa Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2 meninjau persiapan serta kerja-kerja yang dijalankan di sana.
Panglima 1 Divisyen dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa Pasukan perubatan ATM akan terus bersama KKM dalam menghadapi pandemik wabak COVID-19 terutama di Kapit dan berharap agar Penubuhan Hospital Medan ATM ini dapat memulihkan semangat penduduk setempat yang terkesan serta mengembalikan Kapit bebas dari jangkitan COVID-19.
Hospital Medan ATM di Kapit ini merupakan yang kedua ditubuhkan berdasarkan kejayaan pengoperasian Hospital Medan ATM di Tawau, Sabah akan menempatkan 7 Pegawai (Doktor Perubatan) dan 35 anggota Lain-lain Pangkat (Pembantu Perubatan) dan turut dibantu oleh staf perubatan dari Hospital Daerah Kapit serta mampu merawat 40 pesakit pada suatu masa.
ATM akan terus komited memberikan bantuan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan bantuan penubuhan Hospital Medan ATM kepada Kerajaan Sarawak membuktikan bahawa ATM sentiasa mengambil berat tentang perkembangan semasa ancaman COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara
Sumber daripada:
Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dapat menampung keperluan pesakit bukan Covid ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 10-5-2021 04:15 AM
moga dapat menampung keperluan pesakit bukan Covid ...
Aminnn...
Thx mod bg kacang |
|
|
|
|
|
|
|
panggil FC jer ...
boleh la buka memana Thread berkaitan dengan Sarawak atau Sabah ... nanti insyaAllah FC ada masa FC bagi tacang ...
Terimakasih
Jaga diri bebaik yer ... Selamat Hari Raya ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|