View: 1371|Reply: 5
|
Ibu Syak Anak Mati Kerana Kerap Kunyah Gula-gula Getah
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di Felinfoel, South Wales percaya kematian anak perempuannya sedekad lalu kemungkinan berpunca daripada penurunan garam dalam badan akibat terlalu kerap mengunyah gula-gula getah.
Metro UK melaporkan Maria Morgan berkata, dia menyedarinya selepas salah seorang anak perempuannya menemui beberapa bungkusan dan pembalut gula-gula getah bilik Samantha Jenkins yang meninggal dunia pada 3 Jun 2011.
Hasil pemeriksaan mendapati setiap beg dan laci di bilik tidur Jenkins mengandungi pembalut dan kotak gula-gula getah serta resit pembelian.
"Saya tidak sedar berapa kali dia (Jenkins) mengunyah setiap hari dalam seminggu dan bilangan gula-gula getah dalam simpanannya ketika itu
"Bagaimanapun, saya ada merujuk di internet bagi mengetahui kesan tabiat mengunyah gula-gula getah terlalu kerap dan dapatan diperoleh amat mengejutkan.
"Bahan tiruan yang terdapat dalam gula-gula getah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan paras garam dalam badan turun secara drastik hingga mengalami kesan sampingan seperti radang usus," katanya.
Dalam siasatan beberapa tahun kemudian, seorang koroner tidak dapat mengesahkan gula-gula getah menjadi punca kematian Jenkins, lapor Media Wales.
Bagaimanapun, Dr Paul Griffiths yang juga ahli patologi di Hospital Morriston melaporkan menemui empat atau lima benjolan 'hijau terang' akibat mengunyah gula-gula getah.
Beliau mengaitkan kematian itu dengan hipoksia serebrum yang disebabkan oleh kekejangan serta penipisan elektrolit.
Jenkins juga kemungkinan mengalami kekurangan magnesium, kalium, natrium dan kalsium yang teruk.
Koroner mengatakan kajian menunjukkan gula-gula jenis itu selamat tetapi mungkin boleh menyebabkan penipisan elektrolit.
"Tiada bukti mengatakan kematian itu disebabkan gula-gula getah tetapi ia mungkin faktor yang menyumbang ke arahnya.
"Setakat ini, tiada kes sebegitu di negara ini tetapi ada (kes) sama jika ke Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Ketika meratapi kehilangan Jenkins, Morgan menyifatkan kematian anaknya tidak boleh diterima seandainya benar ia disebabkan gula-gula getah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
More likely anak dia anorexic, asyik kunyah gila2 getah
Ada electrolyte imbalance and jadi cardiorespitary arrest. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo bahaya juga ya kunyah gula2 getah ni banyak2....naseb baik aku xda perangai gila berlebih lebihan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dolu masa skola..budak sebelah meja iols kerap.btol makan chewing gum neh..
Asik la dia bg kat iols..
So iols pung terikut lah dia...hahaha
Rasa.cm.cite kuch kuch hota hai gitchuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan akak pon hari2 kunyak chewing gum tp takda la mcm ni. Rasanya arwah buat gula2 tu macam makan nasik. Kebanyakkan yang kunyah gula getah tiap hari ni sebab nak kurangkan rasa lapar. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya ye, tapi kerap kunya jaw dia tak de la shape sgt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|