Akibat pandemik Covid-19, banyak industri terkesan ekonominya termasuklah industri perlancongan. Malahan, banyak lokasi yang dahulunya sesak kini suram dek ketiadaan pengunjung.
Seorang pengguna platform TikTok, Ekin Ramli berkongsi video mengenai kunjungannya ke Cameron Higlands sebelum 'total lockdown' baru-baru ini.
Perkongsiannya tular dengan paparan pasar yang sunyi, buah strawberi dan sayuran juga tidak diusik walaupun segar belaka. Apatah lagi para penjual yang seakan terdesak memanggilnya membeli barangan jualan mereka juga membuatkan penonton berasa sayu.
Foto :Tik TOk
Menurut Ekin yang sudah empat tahun tinggal di Cameron Highlands, pasar kea Farm yang sentiasa sesak di hujung minggu kini lengang.
"Masa pergi tu memang takda orang, saya seorang ja. Dan memang beberapa buah kedai saja buka. Yang lain tutup atau pun gulung tikar."
Foto : Tik Tok
Menurut Ekin lagi, dia ingin membantu peniaga di sini melakukan barangan peniaga dan memang banyak permintaan daripada mereka yang di luar Cameron Highlands inginkan buah strawberi, tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana bimbang rosak dalam perjalanan.
Bagaimanapun sayur-sayuran seperti jagung dan ubi boleh dipertimbangkan kerana ianya lebih tahan lama.
Foto : Tik Tok
Diharapkan pandemik Covid-19 ini cepat-cepat berlalu agar ramai yang boleh memulakan kehidupan seperti biasa kembali. Agak-agak bila ya dengan situasi politik tidak menentu sekarang? - CARI
|