Video tular di media sosial menunjukkan filem lucah ditayangkan di televisyen (TV) di pusat pemberian vaksin Covid-19, di Costa Rica.
TV itu secara tiba-tiba menyiarkan filem berkenaan, di mana sebelum itu menayangkan khidmat awam di kemudahan perubatan.
Kejadian berlaku di Bandar San Jose pada Isnin.
Petugas kesihatan cuba mematikan TV yang menayangkan filem lucah secara tiba-tiba.
Foto ViralPress
Menurut Daily Star, ketika kejadian, orang awam sedang menunggu di dalam khemah perubatan untuk giliran mereka mendapatkan suntikan vaksin.
Keadaan itu menggemparkan orang ramai, sementara petugas kesihatan cuba untuk mematikan TV yang kelihatan bersambung dengan komputer.
Petugas bagaimanapun berjaya mematikan TV tersebut dengan mencabut 'plug' dan memohon maaf kepada orang awam di atas kesulitan yang berlaku.
Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada insiden berkenaan berlaku secara tidak sengaja atau angkara gurauan (prank).
Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang memainkan video tersebut.
Sumber: mStar |