Penyanyi Ana Raffali menyelar tindakan seorang wanita yang memuat naik video mengenai rumahnya yang bersepah dengan lampin pakai buang.
Lampin terpakai memenuhi ruang tamu, bawah meja, di celah-celah sofa dan juga alat permainan menimbulkan kegelian.
Bagi Ana, pertanyaan wanita itu mengenai "Adakah hanya dia yang berperangai begini?" menjelaskan yang sifat pengotor itu tidak disedari oleh wanita itu.
Perkongsiannya di laman Twitter mengundang pelbagai reaksi, bagi majoriti netizen, ianya jelas menunjukkan sifat pengotor wanita tersebut.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Bagi Ana sendiri, ianya tidak mencerminkan sikap wanita tersebut secara keseluruhan namun mungkin ianya tidak disedari bahawa ianya tidak bagus.
"The horror! I my husband yang tunjuk. Rajin pulak dia dm pasal benda ni. Maybe as a reminder for us to be better parents. We try! #BeBetterParents"
Foto : Twitter
Bagaimanapun, setelah mendapat kecaman bertalu-talu, pemilik video tersebut akhirnya memadamnya.
Anda ada pengalaman mengenai lampin pakai buang yang bersepah ini? - CARI
|