View: 1067|Reply: 1
|
Berani Tumbuk Buaya Demi Selamatkan Kembar
[Copy link]
|
|
London: Tindakan seorang wanita menumbuk buaya berjaya menyelamatkan kembarnya daripada dibaham reptilia itu, baru-baru ini.
Pasangan kembar dari United Kingdom (UK) sebelum ini bercuti di Mexico ketika kejadian dan berenang di Manialtepec Lagoon.
Melissa Laurie, 28, yang sebelum ini koma bersyukur kerana masih dapat bernafas walaupun terpaksa menempuh detik sukar itu.
Dalam kejadian itu, dia sedang berenang bersama kembarnya Georgia di sungai sebelum diserang reptilia sepanjang tiga meter.
Buaya itu kemudian menariknya ke dalam dasar sungai.
Kembarnya, Georgia cuba menariknya untuk naik ke atas bot namun reptilia itu terus menyerang.
Tanpa berlengah, Georgia menumbuk buaya itu beberapa kali dengan harapan haiwan itu akan melepaskan Melissa.
Tindakan itu akhirnya membuahkan hasil selepas Melissa terlepas dari gigitan buaya dan segera diselamatkan.
Melissa kemudiannya disahkan koma kerana pendarahan akibat gigitan di keseluruhan badannya.
Selain itu, dia juga mengalami kecederaan organ dalaman selain paru-paru dimasuki air.
Dia tersedar daripada koma pada Khamis lalu dan menceritakan detik hitam dalam hidupnya.
"Saya bernasib baik kerana masih lagi bernyawa dan Georgia membantu untuk menyelamatkan saya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
belum lg ajalnya walo dh masuk mulut buaya...berbanding;
tengah syok2 bergelak sambil makan baskin robin tup2 sampai ajal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|