|
Selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Aedy Ashraf mengakui berbangga apabila masih diberi tawaran melakonkan watak remaja atau pelajar sekolah.
Menurut Aedy, 27, dia seronok melakonkan watak itu kerana dapat menyebarkan mesej yang baik kepada penonton terutamanya golongan remaja.
Foto: IG
“Saya suka bawa watak remaja walaupun umur saya dah tak berapa remaja! Saya suka, mungkin saya boleh bawa watak ini lebih lama dari orang lain.
“Melalui lakonan ini saya dapat sampaikan sesuatu untuk remaja di luar sana, saya nak sampaikan mesej baik menerusi cerita itu.
“Saya pernah dengar orang kata saya tak layak bawa watak dewasa. It's okay... tak ada masalah! Sebab satu hari nanti kita akan tua, mungkin nanti saya akan bawa watak bapa dan sebagainya, ” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Aedy berjudul Budak Tebing 2 bakal bersiaran di slot Lestary TV3 pukul 9 malam bermula Jumaat ini.
Selain Aedy, ia turut dibintangi oleh Adam Lee, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran dan Fariz Isqandar. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|