CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1749|Reply: 13

[Tempatan] Kes positif baharu COVID-19 di Parlimen

[Copy link]
Post time 28-7-2021 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Kes positif baharu COVID-19 di Parlimen

https://www.bharian.com.my/berit ... ovid-19-di-parlimen

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Julai 28, 2021 @ 3:31pm
bhnews@bh.com.my


Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat lagi kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di kawasan Parlimen, memaksa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan dengan pergerakan keluar masuk kakitangan, pegawai serta petugas media dihadkan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika mempengerusikan sidang khas Dewan Rakyat hari ini, menjelaskan keperluan supaya tempoh persidangan juga dihadkan sehingga jam 5.30 petang saja.

"Semalam dengan hari ini saja, kita sudah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan jam 5.30 itu, untuk beri peluang kepada semua berbahas.

"Kita pun sudah tidak menuruti nasihat Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang susah payah datang ke Parlimen, beri penekanan.

"Kalau mahu ikut nasihat beliau, sidang kita sehingga jam 2 petang saja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang," katanya merujuk permintaan Ahli Parlimen supaya lanjutan masa diberikan bagi membolehkan lebih ramai berbahas.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. - Foto BERNAMA

Pada Isnin dan semalam, sidang khas dilanjutkan selama 15 minit sehingga 5.45 petang bagi membolehkan Ahli Parlimen bertanyakan soalan tambahan, ketika menteri menjawab di sebelah petang.

Dalam pada itu, Azhar juga menasihati semua Ahli Parlimen patuh kepada SOP ditetapkan sepanjang berada di Dewan Rakyat serta menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

"Sebenarnya kita sebagai Ahli Parlimen perlu beri contoh kepada rakyat. Sekarang ini sudah ada orang ketegorikan komuniti kayangan dan bukan kayangan. Jadi sebenarnya, amat penting bagi kita memenuhi dan mematuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat sekarang ini.

"Dalam kawasan ini (Kuala Lumpur) pun masih fasa satu, mesyuarat secara fizikal pun tak boleh sebenarnya.

"Jadi, walaupun Parlimen bebas tapi kita juga perlu memberikan gambaran yang baik kepada seluruh rakyat bahawa peraturan itu mesti dipatuhi," katanya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen hanya mempunyai kekebalan untuk bercakap di dalam Dewan Rakyat kerana ia dijamin undang-undang, namun jangkitan COVID-19 tidak kebal kepada sesiapa.

Sebelum ini dilaporkan, dua Ahli Parlimen dikesan positif COVID-19, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN - Bagan Datuk) serta Datuk Dr Mansor Othman (BERSATU - Nibong Tebal).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gusat ye DG. Staff kesihatan close contact ko sruh kjer juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa-apa pun, yg paling risau adalah DG. Sebab if anything, dia jgk yg kena ke hadapan buat itu & ini. Menteri kesihatan? Tgh scroll pinterest nak buat design kad vaksin. Bodow piangg
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:24 PM | Show all posts
harap semua MP yg x berguna terus ke cat5
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk bersidang 3 Hari jangan keluar jumpa org Lain .baru lah Kita jaga Kita. Nie blaik jumpa family bertambah lah risiko
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dato yg satu ni x kena covid....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Zirara99 replied at 28-7-2021 06:05 PM
Apa-apa pun, yg paling risau adalah DG. Sebab if anything, dia jgk yg kena ke hadapan buat itu & ini ...

Dg. Phuihh. Apa yg korg kagum sgt dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu ahli parlimen kena...baru ada sedar sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 28-7-2021 06:35 PM
Dg. Phuihh. Apa yg korg kagum sgt dgn dia

Sbb kalau bukan dia, siapa nk lead doctors? Tajudin? Kiss kiss?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
MP yg xguna xkena pulak covid eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak menteri kn covid ke..mampos sbb covid ke x de mslh la family dia..duit dia org berjuta2..Kita ni yg nazak ni..dah la on9 pos brg hilang.. tunggu serai 4,5 bulan lg br blh jual... Pening fkr sampai mls nk fkr .burn bukan sbb pdpr .sbb mslh2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kayangan kalau kena kobid.. biasanya sehat saja.. tak ada yg ninggal pon.. rasa heran pulak.. yg ninggal ni biasanya yg marhein.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 07:21 AM | Show all posts
sampai masa covid + tak heranlah..yg penting ramai sudah vaksin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 07:23 AM | Show all posts
caprut replied at 28-7-2021 04:18 PM
Gusat ye DG. Staff kesihatan close contact ko sruh kjer juga

nama pun caprut... mmg low class
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079306 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list