CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6487|Reply: 56

[Tempatan] Muhyiddin kekal sebagai PM bergabung dengan Pejuang, Warisan

  [Copy link]
Post time 4-8-2021 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin kekal sebagai PM bergabung dengan Pejuang, Warisan


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika ura-ura bahawa Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kenyataan.

Berdasarkan kepada analisis pemerhati politik gabungan ahli Parlimen tiga parti itu bersama dengan pecahan ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong tindakan Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut mereka, berdasarkan kedudukan terkini  kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4).

Gabungan ini kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah iaitu 111 kerusi daripada 222.

Pakatan Harapan (PH) pula hanya ada 92 kerusi iaitu PKR (35), DAP (42), Amanah (11), PSB (2), Muda (1) dan bebas (1). Mereka memerlukan 19 kerusi untuk dapat majoriti  mudah,

UMNO yang masih bersama Ahmad Zahid pula dikatakan hanya ada 12 kerusi.


Sementara gabungan Bersatu, Warisan dan UPKO mempunyai 13 kerusi.

Berdasarkan kepada angka-angka ini, kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal menjadi penentu dalam membentuk kerajaan.

Jika PN bergabung dengan kem Dr. Mahathir, maka mereka akan mempunyai 116 kerusi untuk membolehkan membentuk kerajaan,.

Jika PH bergabung dengan UMNO yang bersama Ahmad Zahid mereka hanya ada 104 kerusi gagal mempunyai majoriti mudah.

Jika PH mahu membentuk kerajaan mereka bukan sahaja perlu bergabung dengan UMNO (Ahmad Zahid) tetapi juga dengan kem Tun Mahathir.

Berdasarkan analisa ini kem Dr. Mahathir jelas menjadi penentu kepada percaturan untuk membentuk semula kerajaan selepas PN hilang majoriti ekoran tindakan Ahmad Zahid bersama 11 ahli Parlimen UMNO menghentikan sokongan kepada kerajaan. – UTUSAN



https://www.utusan.com.my/terkin ... an-pejuang-warisan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pe4caya cinta haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:42 AM | Show all posts
Dah ada penafian dari Pejuang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 4-8-2021 10:42 AM
Dah ada penafian dari Pejuang

Kan.. Gigih bukak tread..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahahahahaha
adoi.. asal ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok boleh sambung hencap abah sampai PRU. Dia pun mcm tak kisah janji gaji jalan. DAP boleh dok tepi tengok ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2021 10:45 AM | Show all posts
Tajuk TT misleading...

Bawah nih tajuk artikel yg sebenar....ada tanda soalan?.  So, tak confirm lagik bergabung dengan Pejuang & Warisan.

Muhyiddin kekal sebagai PM bergabung dengan Pejuang, Warisan?

https://www.utusan.com.my/terkin ... an-pejuang-warisan/

Oleh Media Mulia
4 Ogos 2021, 9:04 am



PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika ura-ura bahawa Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kenyataan.

Berdasarkan kepada analisis pemerhati politik gabungan ahli Parlimen tiga parti itu bersama dengan pecahan ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong tindakan Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut mereka, berdasarkan kedudukan terkini  kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4).

Gabungan ini kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah iaitu 111 kerusi daripada 222.

Pakatan Harapan (PH) pula hanya ada 92 kerusi iaitu PKR (35), DAP (42), Amanah (11), PSB (2), Muda (1) dan bebas (1). Mereka memerlukan 19 kerusi untuk dapat majoriti  mudah,

UMNO yang masih bersama Ahmad Zahid pula dikatakan hanya ada 12 kerusi.

Sementara gabungan Bersatu, Warisan dan UPKO mempunyai 13 kerusi.

Berdasarkan kepada angka-angka ini, kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal menjadi penentu dalam membentuk kerajaan.

Jika PN bergabung dengan kem Dr. Mahathir, maka mereka akan mempunyai 116 kerusi untuk membolehkan membentuk kerajaan,.

Jika PH bergabung dengan UMNO yang bersama Ahmad Zahid mereka hanya ada 104 kerusi gagal mempunyai majoriti mudah.

Jika PH mahu membentuk kerajaan mereka bukan sahaja perlu bergabung dengan UMNO (Ahmad Zahid) tetapi juga dengan kem Tun Mahathir.

Berdasarkan analisa ini kem Dr. Mahathir jelas menjadi penentu kepada percaturan untuk membentuk semula kerajaan selepas PN hilang majoriti ekoran tindakan Ahmad Zahid bersama 11 ahli Parlimen UMNO menghentikan sokongan kepada kerajaan. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:47 AM | Show all posts
atok berpikat ngn bangnon bebaru ni
takan tup2 kawin ngn wak yidin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan fl ye sekarang ni....kes belas2 ribu..keja non stop.. politik dok bergaduh xhbs2 nak jd pm
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni jkom ke? Len maciam betul..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:50 AM | Show all posts
Pejuang & Warisan not here nor there... belah PH ada zahid & najib.. belah PN ada mahiadin...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:53 AM | Show all posts
betul ke....
baru berhimpun dengan Anwar kat Dataran Merdeka...
takkan dah nak bersama TSMY pulak.....

Poning Anwar dengar berita nie...

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 4-8-2021 10:56 AM

parti politik hanya perlu 'begabung' tuk bentuk kerajaan...rakyat duk tepi jer la mermeratikan dr kejauhan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:57 AM | Show all posts
Rakyat jadi penonton pemimpin2 gila kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:00 AM | Show all posts
Skuau replied at 4-8-2021 10:54 AM
parti politik hanya perlu 'begabung' tuk bentuk kerajaan...rakyat duk tepi jer la mermeratikan dr ke ...

Dan acara lompat melompat bakal ada jika MP tak puas hati..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadah pejuang warisan nak sokong abah. Bkn semalam mukhriz dgn sapaie apdal ada berarak kat dataran ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:05 AM | Show all posts
otai_g replied at 4-8-2021 11:00 AM
Apa jadah pejuang warisan nak sokong abah. Bkn semalam mukhriz dgn sapaie apdal ada berarak kat data ...

Benda ni bila2 masa boleh u-turn bai.. Apa nak diharap pada ahli politik............
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mylia replied at 4-8-2021 10:50 AM
Tt ni jkom ke? Len maciam betul..

Kan? Hari ni baru gigih
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahah iols masih lagi tak percaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.148100 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list