View: 765|Reply: 0
|
[Sarawak]
Isteri dan anak arwah terima bantuan
[Copy link]
|
|
KUCHING: Kementerian Kebajikan Sarawak telah menyalurkan sumbangan kepada waris keluarga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Bau, salah seorang mangsa dalam insiden berdarah di Balai Pengawal (HANDAU) Kompleks Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, baru-baru ini.
Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan yang disalurkan ialah Tabung Bantuan Segera (TBS) pada kadar RM300 sekali bayar, bantuan bulanan kanak-kanak pada kadar RM600 sebulan yang bermula September tahun ini.
Katanya lagi, pihaknya juga telah menyalurkan bantuan makanan asas seperti beras dan makanan kering, seterusnya susu dan lampin pakai buang untuk anak-anak Allahyarham.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ihsan ke rumah waris, di Bau hari ini.
Isteri arwah turut menerima bantuan ibu bersalin kerana baru sahaja melahirkan anak ketiga arwah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|