CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

[Sabah] Bot mewah tawar aktiviti percutian terbakar

[Copy link]
Post time 21-8-2021 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Bot mewah tawar aktiviti percutian terbakar

TERBAKAR: Kebakaran yang memusnahkan 90 peratus bot mewah yang berlabuh di perairan perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya.

KOTA KINABALU: Penduduk di sekitar Pulau Gaya panik sebaik melihat sebuah bot mewah yang menawarkan aktiviti percutian terbakar di perairan Pulau terbabit di sini semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu semasa dihubungi berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi.

“Semasa kejadian bot mewah itu sedang berlabuh di perairan perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya.

“Penduduk berhampiran kemudiannya melihat api dan asap tebal dari bot terbabit yang boleh dilihat dari Pusat Bandar di sini sebelum bertindak membantu memadam kebakaran.

“Kejadian kemudiannya dilaporkan kepada pihak bomba untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya panggilan kecemasan diterima jam 9.30 pagi sebelum menggerakkan sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi menerusi Jeti Jesselton dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM).

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman segera dijalankan dan api berjaya dikawal pada jam 10.37 pagi.

"Kebakaran ini membabitkan hampir 90 peratus daripada bot berkenaan dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).



.utusanborneo.com.my/2021/08/21




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.047415 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list