CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 3

[Sarawak] Larangan makan dan minum di kedai bermula Ahad ( hari ini ) di Zon Selatan Saraw

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:27 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengumumkan orang ramai tidak dibenarkan makan dan minum di kedai berkuatkuasa Ahad (22 Ogos 2021) sehingga 29 Ogos 2021 bagi Zon Selatan.

JPBNS dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes COVID-19.

“Justeru, JPBNS mengambil keputusan untuk memperketatkan Garis Panduan (SOP) sedia ada untuk Zon Selatan membabitkan Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu, selama satu minggu.

“Antara SOP yang akan dilaksanakan adalah ‘Dine-in’ adalah tidak dibenarkan dan tempoh operasi perniagaan dipendekkan iaitu dari 5 pagi sehingga 8 malam,” ujar kenyataan tersebut.

Selain itu katanya, individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah.

Tambahnya, SOP ini akan berkuatkuasa mulai 22 Ogos 2021 (12.01 pagi) sehingga 29 Ogos 2021 (11.59 malam).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 08:46 AM | Show all posts
Patutnya kekalkan larangan sebegini sehingga mencapai 100% imuniti kelompok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 04:13 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 22-8-2021 08:46 AM
Patutnya kekalkan larangan sebegini sehingga mencapai 100% imuniti kelompok..
Setuju ...
patut nya seluruh Sarawak jangan d benar kan dine in dulu...

Biar lah betul2 reda dulu ...

dan sepatut nya ... walaupun d benar kan dine in ... huhu tak yah la berdesup nak memenuhi kedai makan ...
sendiri kena pandai la jaga diri ...
bukan sehari dua pandemik ni mengganggu kehidupan normal kita ... patut nya dah tau apa yang boleh dan tak boleh tanpa perlu larangan / pengawasan...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056849 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list