CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 1

Penang idam tempat kedua liga

[Copy link]
Post time 7-9-2021 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Pengendali Penang FC, Tomas Trucha mengharapkan skuad itu menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kedua.

Beliau berkata, harapan itu selepas kejayaan mengutip tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

"Saya harap pada perlawanan terakhir berdepan Terengganu FC (TFC), kemenangan berpihak kepada pasukan walaupun dilihat perlawanan seimbang.

"Oleh itu, semua pemain dapat beraksi pada tahap terbaik seperti yang dilakukan ketika menentang Sri Pahang," katanya.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Penang berada di kedudukan kedua liga dengan mengutip 40 mata dengan berbaki satu perlawanan.

Namun, Kedah Darul Aman (KDA) FC masih berpeluang untuk memintas kerana masih berbaki dua perlawanan untuk menamatkan saingan liga di kedudukan kedua.

Mengulas prestasi keseluruhan skuadnya pada perlawanan itu, Trucha memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan anak buahnya itu.

Katanya, kebangkitan yang dilakukan pemain selepas ketinggalan 0-1 untuk memastikan kemenangan buat pasukan amat membanggakan.

"Saya akui pada separuh masa pertama pemain gagal beraksi dengan baik dan meminta mempamerkan prestasi terbaik pada babak kedua dan mereka berjaya melakukannya," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 08:03 AM | Show all posts

PENGENDALI Penang FC, Tomas Trucha. -FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039183 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list