CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 1

Nafuzi tidak direhatkan - TFC

[Copy link]
Post time 7-9-2021 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menafikan pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain direhatkan daripada mengemudi skuad Penyu itu susulan prestasi hambar selepas kekalahan kali ketiga berturut-turut dalam penghujung saingan Liga Super.

Malah TFC Sdn Bhd juga menafikan pengendali kelahiran Kelantan itu bakal berkelana ke kelab baharu sebagaimana yang tersebar di media sosial selepas tumpas 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh menjelaskan berita yang mengaitkan ketua jurulatih direhatkan dan bakal berhijrah bersama pasukan lain adalah palsu selain dilihat cuba untuk menjejaskan fokus pasukan terutama dalam aksi terakhir liga bertemu Penang FC dan juga saingan Piala Malaysia.

Beliau juga memandang serius berita yang tidak bertanggungjawab itu yang bukan sahaja boleh menjejaskan imej pasukan yang sedang berjuang untuk menamatkan aksi liga di kedudukan terbaik malah juga bersama penaja.

"Berkenaan ada berita yang menyatakan pihak pengurusan telah bersetuju untuk merehatkan pengendali TFC pada ketika ini dan beliau mungkin akan berkelana ke kelab baharu adalah tidak benar.

"Berita berkenaan adalah sengaja direka dan ianya boleh menjejaskan fokus pasukan selain boleh mengakibatkan prestasi dan kedudukan TFC makin merudum selain bimbang perkara ini juga menjejaskan proses pihak pengurusan dalam kerjasama penajaan dengan rakan-rakan penaja yang berpotensi untuk musim depan.

"Sememangnya kelab mempunyai kaitan rapat antara pasukan, penyokong dan juga rakan kongsi termasuk penaja kerana ianya saling berkait, jadi pihak pengurusan sentiasa memandang serius dalam menjaga keharmonian kelab dan ianya juga tanggungjawab bersama bagi memastikan imej pasukan terus terjaga," kata Ab Rasid menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Mengulas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Nafuzi, beliau menjelaskan perkara itu adalah tindakan kerja biasa bagi menilai prestasi semasa pasukan yang dilihat kurang memuaskan terutama di penghujung saingan liga.

"Sebagai pihak pentadbir kelab, kami sentiasa bertegas dan bertanggungjawab berkaitan prestasi pasukan agar ianya berada pada landasan betul mengikut sasaran yang ditetapkan selain membolehkan pihak pengurusan dan pasukan mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah yang timbul.

"Selain itu perkara ini penting bagi kelab bola sepak yang diswastakan kerana ianya bukan sahaja membabitkan keputusan perlawanan semata-mata, namun merangkumi banyak aspek dan entiti termasuk kerajaan, penyokong dan rakan penaja yang semestinya ingin melihat keputusan terbaik dapat diterjemahkan," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 11:47 AM | Show all posts

Jurulatih TFC, Nafuzi Zain. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list