CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67800|Reply: 183

[Penerbit] PTS Publication [by tieyramisu & ayuni]

[Copy link]
Post time 27-6-2006 09:55 AM | Show all posts |Read mode











Bila browse buku di bookstore... byk benar buku berkaitan dengan Business & Mgmt publish by PTS ni... di atas antara buku-buku yang menjadi koleksi peribadi saya... and ianya byk membantu bg saya yg xde basic bisnes ni tp run a biz.. pengolahan dia bagus...ayat dia ngan kandungan senang paham...

bila pegi je bookstore mesti survey kut2 ada buku baru from PTS.... and now rasanya PTS mmg giat pulak kuarkan buku / novel remaja...



Ini buku yang di beli jugak bulan lepas...berkenan ngan cover dia hehehehehe.... my mom belek-belek buku pasal berkenan ngan tajuk...tp mengomel tak berapa paham bahasa dia dalam tu.... ye laaaa.... mana "masuk" dengan dia.

Bila surf laman web dia... memang dia punya website helpful... and we know PTS banyak publish buku all kind of genre.

[ Last edited by  limau_nipis at 29-1-2007 10:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2006 10:42 AM | Show all posts
ohhh... I have read only one PTS book... bukunya banyak yang berilmiah

buku ini pun saya rasa sgt bagus untuk mereka yang ingin menyusukan anak, pernah patah semangat mengenai penyusuan ibu etc.. dan saya rasa buku ini sgt bagus kerana kurangnya buku mengenai breastfeedin support group

saya tahu pasal buku ini daripada UKS yahoogroup

p/s: tieyramisu, tak sangka buku PTS banyak choice ye



Sinopsis

Kulihat wajah mungil nan merah mekar bagai pauh dilayang berseri bak delima merekah terbitlah kasih terpancarlah sayang...

Buku yang menjawab secara jujur dan ringkas kemusykilan ibu-ibu yang bercadang utnuk menyusukan anak ataupun mereka yang bimbang tetapi tidak berminat untuk membaca fakta-fakta seperti di dalam buku akademik.

Pengalaman peribadi ibu-ibu yang terkandung di sini memberikan gambaran sebenar pahit manis menyusukan anak dengan susu badan.

Isi Kandungan

Cerita 1 Prakata

BAHAGIAN 1 : Panduan Sebelum Menyusu Badan

Bab 1 : Penantian yang Mendebarkan
Cerita 1 Cemas dalam Debaran yang Asyik
Cerita 2 Persoalan yang Menghantui Benak
Cerita 3 Pengalaman Kelima Tidak Kurang Gundahnya
Cerita 4 Peritnya Penantian Ini

Bab 5 : Antara Kaca dan Permata
Cerita 5 Langkah Paling Bijak
Cerita 6 Upah Susu Lemak Manis
Cerita 7 Susu Segera
Cerita 8 Timbunan Bahan Bacaan

Bab 3 : Ada-ada Saja
Cerita 9 Si Buta Mengajar Si Tuli
Cerita 10 Ditepis-tepis Langau yang Memekak
Cerita 11 Terbuka Pintu Hati di Perantauan
Cerita 12 Tulen Bang!
Cerita 13 Kupandu ke Kanan Kupandu ke Kiri

Bab 4 : Bersedia Berkhidmat
Cerita 14 Manfaat Ibu Berilmu 1
Cerita 15 Mak Buyong yang Beria Benar
Cerita 16 Kisah Puting Susu Terbalik
Cerita 17 Jerih Perit 1001 Masalah

BAHAGIAN 2 : Panduan Asas Penyusuan Bayi

Bab 5 : Jatuh Cinta Pandang Pertama
Cerita 18 Belaian Jiwa Pengarang Jantung
Cerita 19 Keberangkatan Tiba ke bawah Duli Tuan Puteri
Cerita 20 Bingkisan Harapan Aidiladha
Cerita 21 Keluh Kesah Puting Nan Pendek
Cerita 22 Keperitan Beroleh Anugerah Berharga

Bab 6 : Aku Sebenarnya Tidak Bersendirian
Cerita 23 Bagaikan Aur dengan Tebing
Cerita 24 Sayang kepadamu Umpama Kasih kepada Ibuku Jua
Cerita 25 Angkatan Sokongan Bersatu Tujuan
Cerita 26 Nasihat Mbah

Bab 7 : Hanya yang Terbaik
Cerita 27 Ummi Sihat, Si Comel Kuat
Cerita 28 Yang Berkhasiat Membawa Berkat
Cerita 29 Kasih Buat Intan Terpilih

BAHAGIAN 3 : Masalah yang Menjadi Kebiasaan Ibu-ibu Menyusu

Bab 9 : Haru-biru Seorang Ibu
Cerita 30 Kalut dalam Kelam Kabut
Cerita 31 Derita Penyakit Hirschsprung
Cerita 32 Yang Pendek Jua Jadi Pujaan
Cerita 33 Lepas Satu, Satu Kuatasi Seteru
Cerita 34 Demi Kamu, Onak dan Duriku Jelajahi

BAHAGIAN 4 : Kaedah Mengatasi Masalah Menyusukan Anak

Bab 9 : Pasti Ada Ubatnya
Cerita 35 Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih
Cerita 36 Penawar Pusaka Rimba
Cerita 37 Khasiat Gaya Hidup Sihat
Cerita 38 Resah Biasa Alah Berbisa
Cerita 39 Peluang Kali Kedua
Cerita 40 Petua dari Negara Matahari Terbit

BAHAGIAN 5 : Panduan untuk Ibu Bekerja dan
Suri Rumah

Bab 10 : Si Wanita Besi
Cerita 41 Sistematik dalam Serabut
Cerita 42 Persoalan Demi Persoalan
Cerita 43 Semangat Jitu Ibu
Cerita 44 Ledakan Susu di Tempat Kerja

Bab 11 : Sang Sotong Kurita
Cerita 45 Tidak Menang Tangan
Cerita 46 Membelit-belit Tangan Kurita
Bab 12 : Waktu yang Cemburu
Cerita 47 Dilema Cinta Tiga Segi
Cerita 48 Detik Tetap Berlari, Lelahku Tidak Bertepi
Cerita 49 Pejabat Ummi di Rumah
Cerita 50 Teknologi Terkini Mantapkan Operasi

BAHAGIAN 6 : Panduan Penyusuan Semasa Bermusafir

Bab 13 : Ke Hulu ke Hilir Kukendong
Cerita 51 Mudah, Pantas dan Efektif
Cerita 52 Musafir Berkelana Ala Badwi
Cerita 53 Kembara Keluarga Kecil

BAHAGIAN 7 : Panduan Menyusu di Khalayak Ramai

Bab 14 : Sekuntum Bunga Cina dalam Baju
Cerita 54 Di Mana Jua
Cerita 55 Di Sebalik Kelubung Ada Cerita
Cerita 56 Pesta Perut dalam Kelambu
Cerita 57 Malu Tapi Mahu

BAHAGIAN 8 : Kata-kata Perangsang Pemberi Semangat

Bab 15 : Aku Pasti Boleh!
Cerita 58 Kenangan Manis yang Berharga
Cerita 59 Lelah Berbayar Kalungan Juara
Cerita 60 Apabila Si Comel Tersenyum Puas

BAHAGIAN 9 : Pengalaman Menyusu Luar Biasa

Bab 16 : Berkongsi Kasih
Cerita 61 Buat Anak Tersayang
Cerita 62 Berkongsi Kasih Limpahan Lumayan

BAHAGIAN 10 : Persediaan Bercerai Susu

Bab 17 : Maju setapak ke Hadapan
Cerita 63 Pahit Hempedu, Terlerai Rindu
Cerita 64 Terbang Si Layang-layang Bebas

Bab 18 : Ibu Sebagai Johan
Cerita 65 Pancawarna Medan Selera
Cerita 66 Kusangka Hujan Seharian, Kemarau di Pesisiran
Cerita 67 Anak Sihat Diperkaya dengan Khasiat
Cerita 68 Antara Putera dan Puteri
Bab 19 : Puisi-puisi Curahan Kasih Ummi
Cerita 65 Titis Kasih Ummi
Cerita 65 Yang Terpendam dalam Dada
Cerita 65 Bukan Bercerai Kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 01:01 PM | Show all posts
Haaa.aaaa...memang banyak choice...lagipun cam harga dia murahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 01:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 01:10 PM | Show all posts












:ting: Kata orang Dont Judge a Book by its Cover... tapi dah cover dia menarik... paling tidak orang nak belek-belek...ye tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 02:42 PM | Show all posts

Reply #5 tieyramisu's post

i totally agree, cover bukunya terujaaaa!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2006 02:58 PM | Show all posts

Menyusu si Permata Hati

kak intan....dah jadi editor rupanya....
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2006 05:17 PM | Show all posts


Bertudung Selepas Mimpi Ngeri
15 August 2005

Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar. Saya terjaga daripada tidur tetapi masih terasa sakit dan sesak nafas. Saya panik. Ya Tuhan! Mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga?  
PROFESION saya sekarang ialah pengurus syarikat dan saya lulusan luar negara. Saya mula memakai tudung pada tahun 1994 iaitu ketika berusia 24 tahun. Terus terang saya katakan, memang sebelum itu saya tidak pernah terfikir hendak memakai tudung. Apabila ditanya oleh kawan-kawan, saya cuma menjawab, "Nantilah, suatu hari nanti mungkin saya pakai."

Ada juga kawan-kawan yang prihatin mengingatkan saya mengenai ajal dan maut yang bukannya boleh ditangguhkan. Kalau tiba-tiba ajal saya sudah sampai, tidak sempat pula saya hendak memakai tudung dan bertaubat. Risau juga saya mendengar kata-kata mereka tapi... entahlah, masih tidak terbuka hati.

Sehinggalah tiba-tiba pada suatu malam Jumaat saya mengalami mimpi yang menakutkan. Dalam mimpi itu saya nampak semua adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan saya, tetapi tidak ada seorang pun yang nampak saya. Mereka bercakap sesama sendiri tetapi langsung tidak menghiraukan saya, seolah-olah saya tidak wujud lagi. Kemudian barulah saya diberitahu saya berada di alam lain dan akan menemui ajal saya pada hari itu. Saya dibawa ke situ hanya untuk diberitahu yang saya hanya menunggu masa akan mati tetapi tidak diketahui waktunya dan caranya. Jadi, saya berada dalam keadaan cemas sepanjang hari kerana tidak tahu apabila saatnya dan bagaimanakah cara saya akan mati.

Saya kemudian menaiki kereta menuju ke lapangan terbang kerana saya perlu menuju ke suatu tempat bagi menjalankan tugas. Dalam perjalanan, saya terfikir mungkin saya akan kemalangan sebentar lagi dan terus mati. Saya berdebar-debar, tetapi akhirnya selamat sampai ke lapangan terbang. Apabila kapal terbang berlepas, saya terfikir mungkin kapal terbang ini itu akan terhempas dan saya akan mati. Saya menjadi begitu cemas sehinggalah kapal terbang selamat mendarat. Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar. Saya terjaga daripada tidur tetapi masih terasa sakit dan sesak nafas. Saya panik. Ya Tuhan! Mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga?

Cepat-cepat saya bangun, ambil wuduk dan sembahyang sunat. Tidak henti-henti saya membaca macam-macam ayat al-Quran, tetapi kesakitan yang dirasai semakin perit. Tanpa menanggalkan telekung saya baringkan diri di atas katil. Saya rasa diri saya seperti sekujur mayat di dalam telekung putih itu. Saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu, lalu saya memohon doa, "Ya Tuhan, sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku engkau berilah masa bagiku bertaubat dan aku berjanji akan memakai tudung suatu hari nanti."

Tiba-tiba kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan sambil menangis saya berjanji akan memakai tudung pada minggu hadapan. Tetapi tekak saya bagai disentap dan tekak saya semakin perit. Saya tidak tahan lagi lalu berjanji saya akan memakai tudung keesokan harinya. Tanpa disangka, semua kesakitan itu hilang dengan sekelip mata.

Saya betul-betul terkejut, tidak dapat berkata apa-apa dan tersandar di hujung katil dalam keadaan yang masih takut. Saya berkeadaan begitu hinggalah masuk waktu subuh. Selesai sembahyang subuh, saya terus mencari tudung di dalam almari untuk dipakai ke pejabat pada pagi itu juga. Itulah hari pertama saya memakai tudung, sudah tentulah kawan-kawan saya terkejut kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat hendak bertudung sebelum ini. Sepanjang hari itu saya menjadi pendiam, sedih, takut dan cemas kalau-kalau saya mati pada hari itu juga.

Walau bagaimanapun, saya berasa bersyukur kerana menjadi hamba Tuhan yang terpilih untuk diberi hidayah dengan cara sebegitu. Apabila saya melihat kawan-kawan yang belum bertudung, saya berasa sedih kerana mereka tidak tahu dan tidak mempedulikan apa yang menanti mereka di kemudian hari. Saya bernasib baik kerana diberi petunjuk.

Apa yang boleh saya katakan daripada mimpi saya alami, tidak dapat saya bayangkan ketakutannya apabila saya benar-benar mengetahui bilakah ajal saya akan sampai. Jadi, bersedialah, ajal kita mungkin akan sampai pada bila-bila masa saja, sesaat pun tidak akan tertangguh apabila ajal sudah sampai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 05:23 PM | Show all posts















Rasanya range ni macam Chicken Soup's series kan? :hatdown:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by tieyramisu at 1/7/06 05:17 PM


Bertudung Selepas Mimpi Ngeri
15 August 2005

Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa ...


i have read this book, pendekatannya sangat menarik... sebab kisah di dalam konteks orang islam malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:24 AM | Show all posts


chicken soup in malaysian context? seronoknya!
:hatdown:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 01:27 PM | Show all posts
Tapi tak ada satu pun yang saya dah baca...hehehe.. the Malaysia's Chicken Soup version tu...hehehe...

well azam setengah tahun ke dua ni nak perbanyakkan buku motivational pulak...

kurangkan chic lits...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:32 PM | Show all posts
PTS ni ada anjur kursus hujung minggu untuk bakal2 penulis. Murah sesangat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 07:37 PM | Show all posts
saya ada beli dua buku keluaran PTS ni, satu dah abis baca satu dalam proses.. buku motivasi agama utk remaja (wpon saya dah masuk category young adult..ehe..tp rasanya ilmu yg disampaikan dlm buku ni orang dewasa yg dah beranak pinak pun patut try baca). Buku yg sy beli tu, "KAMCENG DENGAN SOLAT" ngan "FIKAH MEMANG BEST".

Kamceng Dengan Solat tu best! Masa baca tu, terasa la kecetekan ilmu..ehhe..baru la ooo...ooo..! Harga pon OK!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2006 09:51 AM | Show all posts


perghhhh tengok cover time bulan posa nanti....boleh tahannn!!! Hehehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:41 AM | Show all posts
buku-buku PTS ni boleh dapat kat mana ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 5-9-2006 10:41 AM
buku-buku PTS ni boleh dapat kat mana ye?


Hmmmm bagi saya kat Kelantan ni limau...major bookstore yang saya pegi semua ada buku-buku PTS ni. Tapi paling suka pegi kalau nak browse PTS's ni kat Muda Osman la... ari tu stop by Wakaf Che Yeh branch...cun aje dia susun semua...senang kita nak cari...nak baca ....kat Muda Osman lain pun (yang saya pegi) the same thing... as well as Seri Intan juga.

Popular plak... cam take for granted je esp buku-buku melayu (except novel)...susun cam tak makan nasik je tukang susun dia...bahagian english....OK aje.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by tieyramisu at 6/9/06 09:00 AM


Hmmmm bagi saya kat Kelantan ni limau...major bookstore yang saya pegi semua ada buku-buku PTS ni. Tapi paling suka pegi kalau nak browse PTS's ni kat Muda Osman la... ari tu stop by Wakaf Che  ...


alamak tieyramisu kat kelantan ke? syarikat muda osman tu ada lagi? hehehe
lama dah tak pergi.. actually saya org kelantan gak, tapi balik masa raya ajer.. nak masuk KB, masya Allah.. taubat time raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 1.053249 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list