Permainan Ahmad Idham dalam Congkak
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
FILEM Jangan Pandang Belakang (JPB) terbitan Metrowealth telah berjaya menaikkan nama Ahmad Idham sebagai pengarah dan pelakon muda berbakat besar, Pierre Andre sebagai penulis skripnya.
Filem yang berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta itu telah membuktikan bahawa skrip dan jalan cerita yang ringkas tetapi padat berjaya mempengaruhi penonton pelbagai latar belakang.
Kini sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), Congkak sudah pun selesai penggambaran. Masih lagi mengekalkan Ahmad Idham di kerusi pengarah sementara skrip dan lakon layarnya pula, hasil gabungan Ahmad Idham dan Pierre Andre.
Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Chalet Kemensah, Hulu Kelang, Selangor, Ahmad Idham menjelaskan, Congkak tetap mengujinya sebagai pengarah meskipun JPB telah membuktikan kehebatannya mengarahkan filem seram.
揔alau dalam JPB, jalan ceritanya mengisahkan tentang saka dan cara mengubatinya, tetapi kali ini, saya mengambil kisah permainan tradisional Melayu yang mungkin kita sendiri tidak tahu kisah di sebaliknya.
揝aya banyak melakukan penyelidikan dan juga menemubual orang-orang tua di kampung bertanyakan tentang congkak. Malah, Pierre Andre juga melakukan penyelidikannya sendiri dan lahirlah skrip hasil nukilannya. Hasil gabungan saya dan dia, maka kami realisasikan mitos itu dalam filem Congkak dengan sebaik mungkin,
Kisah bermula apabila Kazman (Riezman) dan isterinya Sufiah (Nanu) mengambil keputusan untuk bercuti bersama dua anaknya, Lisa (Erynne) dan Ely (Arina) di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan rakannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai perkara pelik terjadi ketika berada di banglo tersebut, namun Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut walaupun ditentang oleh Sufiah. Dalam pada itu, Lisa pula sering dilihat turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik sehinggalah kedua-dua anak mereka didapati hilang.....
..manyak pics dr pilem neh lam MS cik ella tuh!:pompom:
*komen aku: tgk trailer mcm same style adik-bradik JPB maklomlah from same production team MW kannn.. cuma scene mak mah pakai tudong kain batik tuh menghengatkn aku kpd pilem THE OTHERS???
Arahan: Ahmad Idham
DOP: Indra Che Muda
Pelakon: Rizman Khuzaimi, Nanu Baharudin, Erin Malek, Erynne Erynna, M. Rajoli, Ruminah Sidek
Genre: Seram
Penerbit: David Teo
Terbitan: MIG Production SB
[ Last edited by pisangmasak at 7-3-2008 02:52 PM ]
Sinopsis Filem Congkak
Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.