|
IKON 2008 terbuka untuk semua artis Malaysia
17-10-2007 12:35:37 PM
PERTANDINGAN IKON Malaysia yang pernah diungguli oleh Jaclyn Victor dan kumpulan OAG semasa IKON Malaysia 2007 kini memulakan pencarian IKON
Malaysia 2008 pada 10 Oktober lalu.
Format kali ini agak berlainan daripada IKON Malaysia 2007 di mana penyertaan IKON Malaysia 2008 terbuka kepada seluruh artis rakaman Malaysia. Jika
dahulu artis yang tercalon dipilih oleh jawatankuasa khas dari RIM.
Artis yang layak dicalonkan dalam pertandingan yang melibatkan 10 orang penyanyi solo dan 10 buah artis berkumpulan ini bakal diumumkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada 15 Disember depan.
"Pertandingan kali ini lebih sengit tetapi kami menggalakkan untuk meningkatkan martabat industri muzik ASEAN disamping menggegarkan muzik tempatan.
"IKON 2007 adalah permulaan untuk membina pelapis dalam program yang berkualiti selain mengeratkan hubungan interaksi yang padu antara artis dan
peminat muzik," kata Pengarah Urusan Kumpulan Media IKON Richard Voon.
Jac menjuarai kategori solo dalam IKON Malaysia 2007
Menurut Voon, para artis yang berminat untuk menyertai IKON Malaysia musim kedua ini perlu menghantar borang penyertaan masing-masing melalui label
syarikat rakaman kepada RIM sebelum 15 November ini.
"Secara khususnya, kami ingin melihat gabungan muzik antara peserta ASEAN dan pelbagai artis dari negara lain untuk mempromosi aktiviti yang dapat
menghubungkan peminat dengan artis kegemaran mereka," jelas Voon.
Pertandingan akhir IKON ASEAN 2007 menyaksikan persembahan yang mantap dari negara Malaysia, Indonesia dan Filipina iaitu Vina Morales dan kumpulan
Kjwan dari Filipina berjaya mendapat gelaran juara yang sememangnya turut diidamkan oleh Jac dan OAG serta Judika dan kumpulan Tahta dari Indonesia
pada 12 Ogos lalu.
"Konsert IKON ASEAN dan program negara IKON telah membuka mata khalayak di dalam dan luar negara.
"Mereka telah menyedari kehebatan bakat setiap peserta yang bertanding terutama artis muda dan baru dalam industri muzik ini.
"Kini peminat dan artis sudah mampu memahami keperluan untuk mengecapi kejayaan dalam pasaran yang berbeza ini pada masa akan datang," akhiri Voon. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 fahmein's post
nak join leh?
saya, Kroit nak "menyumbangkan" lagu berjudul anak itik tokwi..
pastu jadik juara..yeay!!:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun aku harap kali ini lebih banyak penyanyi yang berkualiti menang..kebanyakan penyanyi sekarang gedik2, suka kontrol, menyampah lak aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
habis tu ikon sebelum ni apa citer pulak? kemana hala tuju vina morales n kjwan skang? |
|
|
|
|
|
|
|
sape plak yang layak menang kali neh ek?
takkan siti nak masuk kot? dia dah establish sgt..
hmm..sape lagi ek? artis mesia neh bukanye ramai sgt yg bagus pun....susah la wei..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan anuar zain... ...sape2 leh bg borang kat die.... |
|
|
|
|
|
|
|
m.nasir masuk ikon msia ke ikon spore? |
|
|
|
|
|
|
|
1. Anuar Zain
2. Misha
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun aku peminat ct, aku tak pk ct patut masuk..
cadangan aku..
- Anuar Zain
- Faizal Tahir
- Adibah Nor
- Liza Hanim
- Misha Omar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 eddysheddy's post
naper lakkkkk??? |
|
|
|
|
|
|
|
Anuar zain dah tua la..bagi budak baru la. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tua lerrrr bestttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 ahmad_dhani91's post
Aperhal plak nak antar mawi?
Antar jer artis2 yg albumnya tak berapa laku kat M'sia.
Mana tau, kalau-kalau lepas mng ikon album dia boleh laku kat filipina or indonesia.
BTW..lepas ikon 2007 aku tak pernah dengar lagu Vina kat radio sini apatah lagi nak tengok dia promosi album2 or show2 dia kat sini. Ikon la sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 kekekek's post
aku penah dengar sekali jek lagu pengangkut sayor kat eron.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de had umoQ ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|