Taman Mengkura Utama (Fasa 1)
Cadangan membina kediaman mewah untuk Kura-kura
Developer: Diablo Properties Sendirian Berehat
Tarikh Siap: Tengok Keadaan
****************************
Orait.... Aku ada sebijik akuarium lama yang tak digunakan...
Nak buang sayang, nak simpan menyemak... Jadi baik le aku projekkan...
Mengenangkan anak aku dah lama suruh belikan kura-kura, jadi aku decide nak
jadikan akuarium lama tu sebagai penempatan mewah kura-kura...
jeng-jeng-jengggg....!!!!
Bahan-bahan yang aku gunakan ialah:
Akuarium lama
Bekas-bekas plastik lama
pokok hiasan akuarium
Penghuni habitat tu sendiri... Ace & Dar * Tiada kena mengena dengan mana-mana supermod
*****************************
Untuk Fasa pertama ni aku langsung takde beli apa-apa... sebaliknya guna barang2 yang dah ada aje.
(kempen jimat cermat)
*****************************
Aku gunakan bekas bulat (asalnya bekas isi kuih bahulu) tadi sebagai kolam dia...
manakala bekas segi empat tepat tu (bekas karipap frozen) sebagai platform & jambatan untuk Ace & Dar lepak & makan..
bekas-bekas plastik tu aku potong-potong sket la... pastu penuhkan ruang kosong dengan kerikil & pasir...
pasir aku jadikan layer bawah, kendian turap ngan kerikil... supaya kolam tu akan tenggelam.
pastu aku letak pokok hiasan.... pastu touch-up sket, pastu letak le air...
jadik le mcm ni....
*****************************
Akhirnya aku masukkan Ace & Dar
Mula-mula Ace kompius... abis dia panjat pokok nak lari
Ace bawak haluan dia sendiri...
lama-lama Dar datang kat Ace
maka bermulalah bibit-bibit cintan
*****************************
Sebenarnya aku langsong xde pengalaman bela menatang ni... aku bela ikan je.
Jadi aku tengok dulu samada derang selesa atau tak... atau sekurang-kurangnya derang tak mampos
kendian aku akan buat fasa kedua pulak.... Nak buat air terjun, penapis air & letak lampu pulak...
tu pon bergantung pada masa lapang aku le....
That's it!!!
doakan agar derang umur panjang |