CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 0

Tutorial: Cara Untuk Buat Rma Hdd(Seagate/Maxtor)

[Copy link]
Post time 2-4-2008 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Tutorial ini dipetik dari blog aku: www.apasaje.com


Actually Tutorial ini dari blog aku, aku buat untuk korang menghadapi masalah HDD rosak / dataformat corrupt / xnak hidup dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang HDD untuk certain product mempunyai Full Warranty Cover selama 5 tahun. Untuk tutorial kali ini aku akan coretkan serba sedikit pengalaman aku membuat RMA Hardisk Jenama Seagate & Maxtor untuk dikongsikan ngan korang. Jika HDD rosak maka tidak perlulah lagi korang menambah dosa dengan sumpah seranah yang mengjengkelkan, kerana ianya mampu membuatkan IQ korang sama rendah dengan mereka di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Kat sini serba sdikit pengalaman daripada awal login ke laman web seagate, peringkat pembungkusan untuk penghantaran, proses penghantaran, proses menunggu dengan sabar, dan pada akhirnya menerima HDD baru yg berkilat. Disertakan jugak contoh bergambar bagi memudahkan korang membuat reference (perghhh macam nak jawab soklan Calcullus plakkan???siap ngan reference skali). BTW kalo xpaham lagi ngan tutorial ni xtau la aku nak kata apa. Enjoy je laaa:

1) Korang pegi dulu kat www.seagate.com kat sana carik link warranty service kat sini korang bleh check whether HDD tu masih lagi under warranty atau x. Noted: untuk HDD Maxtor ponn korang bleh buat kat site seagate gak. Jangan jadik"sengal ubi" pegi google search website Maxtor sbb webnya dah xde dah, Company Maxtor dah kena makan ngan Seagate, so semua barang2 Maxtor under Seagate Warranty. Kalo masih ada warranty lgi then isi borang dgn maklumat yg dia nak, masa nak isi form ni Part Number ngan serial number adalah penting. Lokasinya kat atas label HDD korang tu. Then submit.

2) Pastu print output suma maklumat yg korang isi tadi. Then bersiap sedia ntuk packing, kat sini aku menggunakan kotak-kotak & span-span (since akhir2 ni banyak skali buat pembelian barang2 secara online) yg banyak terdapat kat bilik aku. Contoh bleh tengok gambar kat bawah ni satu-satu malas aku nak taip pepanjang. HDD ni sensitive punya hardware jadi perlu behati-hati masa packaging, guna seberapa banyak span as possible. Juga penggunaan "salotep" sesedap rasa sebagai penambah perisa.


Aku menggunakan span yg banyak berselerak di bawah katilku.


Proses pemotongan span menggunakan pisau cukur jenama Razor yg sungguh tajam!!!


HDD siap dimuatkan di dalam span sedia ntuk diletakkan dalam kotak


keadaan dalam kotak.pastikan tiada ruang ntuk span tu bergerak, Jika ada letakkan lipatan surat khabar lama supaya ia kemas.


Pakage sedia ntuk dibalut. Aku guna Suratkhabar lama je. Kalo nak lagi ceria bolehla korang balut ngan kerta hadiah yg color pink, then letakkan sedikit ribbon supaya lebih menarik

3) Then korang bawak packaging tadi pegi post office mana yg korang suka kat sini aku guna NationWide, ntuk shipping rate boleh refer kat [url="http://www.nationwide2u.com/cgi-bin/ratescalculation.cfm"]sini[/url]. Then hantar skali ngan form yg korang print tadi. then berdoa la banyak2 supaya HDD korang tu sampai kat Seagate punya HQ bukan tersalah hantar kat Negara Uganda.

4) Proses menunggu sangat boring. Jadi lakukan aktiviti2 yg memberi faedah sementara PC korang xhidup tu, seperti berjoging keliling kampung, mengutip sampah sarap/plastik bag yg kotor, mengedarkan risalah-risalah hasutan berbau poltik tentang kesedaran sivik tak pun lebih ngeri lagi pergi mendaftarkan diri sebagai Volunteer di Rumah Kebajikan Orang2 Tua. Cool!!!!!

5) Setelah seminggu lebih kurang. Sorang Posmen dengan muka innocent akan datang memanggil2 nama korang dann akhirnya HDD baru korang tiba dengan selamat...Kalo lebih dari 3 minggu better pergi buat checking kat Website Seagate samada mereka ada Terima HDD yg korang hantar sebelum ni.

Kotak HDD dari seagate, baru tiba berposing sakan kat Office aku.

ps: mod bleh pinkan thread ni senang kalo orang lain nak refer....untuk lebih banyak lagi tutorial sila ke: www.apasaje.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039382 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list